blanking machine | pencetak berbilang segi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang memotong kepingan logam nipis menjadi bentuk berbilang segi. |
multiple birth | kelahiran berbilang | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Bilangan anak yang dilahirkan lebih daripada satu dalam satu kelahiran. Contoh kelahiran berbilang ialah kembar atau triplet. |
multicentre trial | percubaan berbilang pusat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ujian klinikal yang dijalankan dibeberapa pusat dengan menggunakan protokol yang sama. Percubaan berbilang pusat dilaksanakan untuk mendapatkan data yang lebih menyeluruh bagi kajian keberkesanan sesuatu produk herba. |
multiple-line underwriting | pengunderaitan lini berbilang | insurans | Tiada | Pengeluaran beberapa jenis polisi insurans oleh sebuah syarikat mengikut peruntukan yang dikuatkuasakan di bawah undang-undang pengunderaitan lini berbilang. |
serpentine belt | tali sawat serpentin | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tali sawat yang mempunyai alur berbilang yang diletakkan pada kapi alur berbilang untuk memacu pengulang-alik, stereng kuasa dan pemampat penyaman udara. |
maximum parsimony | parsimoni maksimum | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang mengenal pasti aksara berbeza daripada penjajaran jujukan berbilang. Kaedah ini mencari jumlah perubahan aksara yang minimum dalam penjajaran jujukan berbilang untuk membina pepohon filogenetik yang optimum. |
multifurcation | berbilang cabangan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Nod yang tidak terlerai semasa pemecahan leluhur dan menghasilkan beberapa cabang pada nod dalaman, dalam pembinaan semula pepohon filogenetik. Lihat juga filogeni terlerai. |
multiple cropping | tanaman berbilang | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
multiwavelength | panjang gelombang berbilang | Fizik | Tiada | Berkaitan dengan keupayaan operasi pada beberapa atau banyak panjang gelombang. |
multistage process | proses berbilang tahap | Kimia | Kimia Analisis | Proses pemisahan berturutan apabila perubahan komposisi pada satu tahap tidak memuaskan dan beberapa tahap lagi disambung secara bersiri. Contohnya turus penyulingan berplat atau pengekstrak arus berlawanan Craig. |