Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.si/] | بربيسيق

Definisi : 1. bercakap dgn suara yg perlahan (kpd seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya): dia memanggil dgn suara yg sangat perlahan, spt orang ~ bunyinya; 2. = bisik-bisik secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang): mereka berbincang dgn cara bisik-bisik; 3. ki berhembus dgn bunyi yg perlahan (bkn angin): malam yg hening, terdengar angin ~; ~ kedengaran, berimbau kelampauan prb sangat dekat antara orang yg bercakap dgn orang yg mendengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.si/] | بربيسيق

Definisi : 1 bercakap dgn suara yg perlahan: Saya ~ kpdnya supaya tidak didengar orang apa-apa yg saya katakan itu. 2 dgn diam-diam sehingga tidak diketahui atau tidak didengar orang: Mereka bermuafakat hendak pergi makan angin dgn ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbisik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stage whisperbisikan pentasKesenianDrama dan TeaterCara atau kaedah berbisik dalam lakonan pentas. Melalui cara ini, pelakon berbisik kepada pelakon lain, tetapi mesti didengari oleh penonton.
prompterpembantu ingatKesenianDrama dan TeaterIndividu yang berperanan membantu pelakon mengingat sesuatu dialog dalam persembahan teater. Pembantu ingat akan berbisik atau memberikan isyarat tertentu untuk membantu pelakon mengingati dialog. Pembantu ingat perlu sentiasa memegang dan menyemak skrip serta berada di sayap kiri atau kanan pentas.

Kembali ke atas