Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.buat] | بربوات

Definisi : 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buat] | بربوات

Definisi : melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuat

Puisi
 

Orang Bentan berbuat sawah,
     Sawah terisi pandan berduri;
Abang hitam sangat bertuah,
     Satu pelanduk menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berbuat kerja seperti Mak Judai.

Bermaksud :

Selalu membengkalaikan pekerjaannya.

 

Lihat selanjutnya...(144)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bank guranteejaminan bankPentadbiranTiadaPerakuan pihak bank untuk menjelaskan sesuatu hutang jika pengutang gagal berbuat demikian.
solo pathogenpatogen soloBiologiPatologiPatogen yang mempunyai inokulum yang biasanya tidak mampu menjangkiti perumah tetapi kemudian mampu berbuat demikian setelah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, ustilospora kulat smut pada jagung (Ustilago maydis) biasanya tidak mampu menjangkiti perumahnya kerana kulat tersebut berada dalam peringkat haploid. Oleh sebab terdapat gangguan dalam proses meiosisnya maka ustilospora tersebut menjadi diploid, dan seterusnya patogenik.
without profittanpa keuntunganPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak insurans yang tidak membayar dividen kepada pemilik polisi kerana tidak terdapat peruntukan dalam polisi untuk berbuat demikian.
nonparticipating insuranceinsurans tanpa penyertaanPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak insurans yang tidak membayar dividen kepada pemilik polisi kerana tidak terdapat peruntukan dalam polisi untuk berbuat demikian.
depressionkemurunganPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa, yang diiringi dengan gejala seperti sukar tidur, lembap berfikir dan berbuat sesuatu. Kadang-kadang keadaan ini dikaitkan dengan rasa bersalah yang berlebihan, yang tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.
act of wartindakan perangSains PolitikHubungan AntarabangsaMenurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah.
life linesmanpembantu penyelamKejuruteraanTiadaPembantu yang menjaga tali keselamatan penyelam selagi penyelam berada dalam air, membantu untuk menurunkan penyelam dan menariknya naik apabila diisyaratkan supaya berbuat demikian.
last clear chancepeluang jelas terakhirPentadbiran PerniagaanTiadaDoktrin yang menyatakan bahawa liabiliti boleh dikaitkan kepada seseorang yang tidak berusaha untuk mengelakkan berlaku kemalangan walaupun ia berpelung untuk berbuat demikian.
incorporealtak zahirUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan sesuatu perkara yang sukar dinyatakan, dimengerti atau diukur dan tidak mempunyai bentuk fizikal. Contohnya, hak ke atas sesuatu atau hak untuk berbuat sesuatu. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan sesebuah negara, kekebalan sesebuah negara daripada disaman dalam mahkamah negara lain, atau keupayaan sesebuah negara untuk menandatangani perjanjian antarabangsa adalah contoh perkara tak zahir.
cedesidEkonomiEkonomi IslamTindakan untuk memindahkan sebahagian atau semua risiko oleh syarikat pengendali takaful kepada syarikat takaful semula. Pengendali takaful yang memindahkan risiko itu dinamakan syarikat mengesid. Syarikat mengesid berbuat demikian untuk mengurang atau berkongsi tanggungan risiko.
123

Kembali ke atas