organisational ethics | etika organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan. |
public service advertising | pengiklanan khidmat awam | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan yang mesejnya berfokus kepada menjaga kepentingan atau kebajikan awam dan bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Penyiaran maklumat yang dihasilkan dan disiarkan, selalunya menggunakan format pengiklanan biasa yang ditaja oleh sesebuah syarikat atau organisasi korporat. Organisasi ini masih perlu membayar masa dan ruang iklan di media cetak atau media elektronik. Contohnya, iklan yang membawa mesej perpaduan atau kempen berbudi bahasa yang ditaja oleh sebuah syarikat minyak atau kewangan. |