furcate | bercabang | Geologi | Tiada | Tiada |
branching coral | karang bercabang | Sains Marin | Tiada | Karang yang mempunyai cabang yang berbentuk seperti ranting, iaitu cabangnya lebih panjang berbanding dengan diameter karang tersebut. |
furcate | furkat | Biologi | Tiada | Bercabang seperti mata garpu. |
glycosaminoglycan (GAG) | glikosaminoglikan (GAG) | Fizik | Nanoteknologi | Polisakarida panjang tidak bercabang yang terdiri daripada sambungan berbilang unit disakarida. GAG merupakan komponen penting untuk menyambung tisu. GAG yang diikat secara kovalen pada protein akan membentuk proteoglikan. Contoh GAG ialah kondroitin sulfat, dermatan sulfat dan keratan sulfat. |
glycogen | glikogen | Fizik | Nanoteknologi | Molekul karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang berfungsi sebagai penyimpan tenaga dalam haiwan dan sel kulat yang biasanya tersimpan dalam hati atau otot. Karbohidrat tersebut merupakan molekul polisakarida bersaiz sekitar 150 nm dan didapati dalam bentuk granul dalam sitosol pada pelbagai jenis sel. Sel hati mempunyai kepekatan glikogen yang tertinggi, iaitu sehingga 8% terhadap berat segar hati yang normal atau 100g - 120g dalam orang dewasa. |
bamboo fibre | serabut buluh | Buluh | Tiada | Sel-sel panjang berbentuk silinder dengan dinding berlignin, tirus pada kedua-dua hujung dan kadangkala bercabang. Serabut buluh berfungsi untuk memberikan sokongan mekanikal kepada kulma buluh. |
intake manifold | pancarongga pengambilan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang menghubungkan injap pendikit dengan liang pengambilan pada kepala silinder. Pancarongga pengambilan terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang pengambilan yang membentuk satu saluran masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tujuannya adalah untuk mengalirkan udara atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam kebuk pembakaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga ekzos. |
exhaust manifold | pancarongga ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang menghubungkan liang ekzos pada kepala silinder dengan sistem ekzos. Komponen ini terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang ekzos yang membentuk satu saluran keluar ke sistem ekzos. Tujuan- nya adalah untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin ke sekitaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga pengambilan. |
coral growth form | bentuk pertumbuhan karang | Sains Marin | Tiada | Pengkelasan organisma karang skleraktina atau karang keras yang dibuat berdasarkan bentuk dan struktur morfologinya. Pengkelasan ini terdiri daripada karang bercabang, karang masif, karang menjalar, karang submasif, karang folios, karang cendawan, karang milepora dan karang heliopora. |
throwout bearing | galas baling | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Galas yang terdapat dalam bahagian cekam, yang boleh bergerak arah ke dalam atau arah ke luar yang digerakkan oleh tuil bercabang melalui tindakan penekanan enjak cekam. |