post-emergence tillage | pembajakan pascacambah | Pertanian | Agronomi | 1. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak setelah biji benih rumpai bercambah, untuk menghapuskan rumpai. Aktiviti ini dilakukan sebelum menanam tanaman. 2. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak di antara barisan tanaman setelah biji benih tanaman bercambah, yang bertujuan untuk mengawal rumpai antara baris. Pembajakan yang dilakukan selepas penuaian hasil, untuk membersihkan sisa hasil tanaman, sebelum penanaman berikutnya. Selain itu, pembajakan pascatuai juga dapat meningkatkan kelembapan tanah. |
megaspore | megaspora | Geologi | Tiada | 1. Satu daripada spora tumbuhan embriofit heterospora yang bercambah untuk menghasilkan megagametofit dan biasanya lebih besar daripada mikrospora. 2. Spora fosil yang garis pusatnya melebihi 0.2 mm. |
viviparity | vivipariti | Biologi | Ekologi | 1. Tumbuhan di paya bakau, misalnya api-api, Avicennia spp. yang menghasilkan biji benih yang bercambah semasa buahnya masih melekat di pokok; percambahan ini menghasilkan radikal yang berbentuk seperti pedang. Apabila biji benih gugur, radikal ini akan tercacak di dalam lumpur untuk mengelakkan anak benih daripada dihanyutkan ke laut. 2. Haiwan yang perkembangan embrionya berlaku di dalam tubuh ibu sehingga dilahirkan, misalnya mamalia. Bandingkan ovipariti, ovovivipariti. |
bean sprout | tauge; kecambah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Tauge: Sayur daripada kecambah kacang hijau untuk salad dan kerabu.,2. Kecambah: Perihal bercambah seperti biji benih. |
bean sprout | tauge; kecambah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Tauge: Sayur daripada kecambah kacang hijau untuk salad dan kerabu.,2. Kecambah: Perihal bercambah seperti biji benih. |
Cold stratification | Stratifikasi sejuk | Pertanian | Agronomi | Sejenis rawatan terhadap biji benih tanaman di kawasan temperat untuk memecahkan dormansi biji benih. Biji benih tidak bercambah sehingga ia terdedah kepada suhu sejuk yang harus dilalui dalam keadaan semula jadi untuk memecah dormansi. Dalam kaedah ini biji benih direndam dalam air yang disejukkan sehingga 1 hingga 3 oC dalam tempoh 1 hingga 3 bulan |