effective acoustic centre | pusat akustik berkesan | Fizik | Akustik | Pusat akustik yang boleh dianggap sebagai sumber bunyi yang bercampur aduk dan jauh. |
Ishihara test | ujian Ishihara | Kejururawatan | Tiada | Ujian yang digunakan untuk menentukan sama ada individu menghidapi masalah penglihatan warna atau sebaliknya. Dalam ujian ini, nombor dan sesuatu bentuk diletakkan dalam latar bertitik warna tertentu. Latar dan nombor tersebut mempunyai warna yang berbeza. Contohnya, individu buta warna akan melihat rajah dalam ujian Ishihara sebagai titik-titik bercampur aduk, sementara individu yang tidak buta warna akan dapat mengenal pasti nombor atau bentuk yang terbenam dalam latarnya. |
Ishihara test | ujian Ishihara | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian yang digunakan untuk menentukan sama ada individu menghidapi masalah penglihatan warna atau sebaliknya. Dalam ujian ini, nombor dan sesuatu bentuk diletakkan dalam latar bertitik warna tertentu. Latar dan nombor tersebut mempunyai warna yang berbeza. Contohnya, individu buta warna akan melihat rajah dalam ujian Ishihara sebagai titik-titik bercampur aduk, manakala individu yang tidak menghidapi buta warna akan dapat mengenal pasti nombor atau bentuk yang terbenam dalam latarnya. |
thallium poisoning | keracunan talium | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada talium atau garam talium, terutamanya talium sulfat. Tanda utama keracunan ialah rambut gugur dan sakit pada bahagian-bahagian hujung anggota badan. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyerapan kulit menunjukkan gejala dalam masa I - 10 hari, dan termasuk sakit dan parestesia bahagian-bahagian hujung anggota, ptosis dwilateral, ataksia, rambut gugur, demam, koriza, konjunktivitis, sakit abdomen, loya dan muntah. Keracunan selanjutnya ditunjukkan dengan kelesuan, pertuturan bercampur aduk, terketar-ketar, pergerakan koreiform, konvulsi, dan sianosis. Tanda awal keracunan kronik akibat pengingesan atau penyerapan kulit ialah alopekia, perubahan atrofi pada kulit dan kadang-kadang peliuran dan garis biru pada gusi. Gangguan gastrousus adalah biasa. Jika penyerapan berterusan, kerosakan renal dan perubahan fungsi sistem endokrin mungkin terjadi bersama-sama dengan gejala keracunan akut. Penemuan patologi termasuk pneumonitis dan vakuolisasi dan perubahan degeneratif dalam s |