Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.can.tum] | برچنتوم

Definisi : 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.can.tum] | برچنتوم

Definisi : 1 menjadi rapat atau bertaut semula (spt luka yg sudah sembuh). 2 rapat melekat dan ber­sambung (spt bulu ayam). 3 menjadi ber­sambung atau bergabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercantum

Puisi
 

Pokok sena dahan bercantum,
     Tempat bersarang burung tekukur;
Kalau bunga bukan sekuntum,
     Kumbang juga bukan seekor.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
obliteratehapus; obliteralBiologiTiada1. Tidak jelas atau bercantum, seperti tanda-tanda pada serangga.,2. Terhimpit atau tertekan.
cartilaginous jointsendi rawanSains SukanBiomekanikSendi yang mempunyai tulang yang bercantum dengan rawan hialin, yang membolehkan pergerakan yang sedikit sahaja. Contohnya, sendi rawan yang terdapat pada tulang simfisis pubis di bahagian pelvis. Lihat juga rawan hialin.
antibody-conjugated silica nanoparticleantibodi berkonjugat nanozarah silikaFizikNanoteknologiAntibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit.
aortic stenosisstenosis aortaKejururawatanTiadaBukaan injap aorta yang menjadi sempit akibat kuspa yang menebal dan bercantum. Keadaan ini disebabkan oleh sesuatu faktor, misalnya terjadi secara kongenital atau akibat demam reumatik.
fullerenefulerenaFizikNanoteknologiMolekul berongga yang kesemua atomnya terdiri daripada unsur karbon dan mempunyai muka berbentuk heksagon, yang bercantum sehingga membentuk sfera, elipsoid atau tiub. Fulerena asal ialah C60 berbentuk sfera yang dipanggil bola bucky. Selain C60, fulerena C20, C22, C70, C76, C80 dan C84 juga dapat disintesiskan. Nanotiub karbon ialah salah satu contoh fulerena berbentuk silinder dengan kelebaran beberapa nanometer. Molekul ini merupakan sebatian yang sangat stabil terutama terhadap suhu dan sifat mekanik. Lihat juga bola bucky.
pair productionpenghasilan berpasanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02  MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.

Kembali ke atas