electrophoresis | elektroforesis | Herba | Tiada | Kaedah pemisahan bahan kimia bercas elektrik dalam tumbuhan. Apabila medan elektrik dikenakan, molekul bercas akan bergerak pada kadar yang berbeza bergantung pada saiz, bentuk dan casnya. Elektroforesis digunakan dalam analisis kawalan kualiti sebahagian bahan herba, terutamanya yang mengandungi protein, peptida dan asid amino. |
reduction potential | keupayaan penurunan | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan yang terlibat dalam proses penurunan. Misalnya penurunan ion bercas positif yang lebih kecil atau penurunan atom neutral kepada ion bercas negatif. |
ion | ion | Fizik | Nanoteknologi | Atom atau molekul yang kehilangan atau bertambah satu atau lebih elektron sehingga cas elektrik bersihnya bersamaan dengan kehilangan atau pertambahan cas elektron. Ion yang bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion. Contohnya, tindak balas unsur natrium dengan klorin menghasilkan kation natrium (Na+) dan anion klorin (Cl-). |
electron | elektron | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Zarah bercas negatif yang terdapat dalam atom. |
proton | proton | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Zarah bercas positif yang terdapat dalam nukleus satu atom. |
depolarisation | penyahkutuban | Kejururawatan | Tiada | Proses peneutralan zarah-zarah bercas pada membran saraf atau sel otot. |
electrochromatography | elektrokromatografi | Kimia | Kimia Analisis | Kromatografi yang berasaskan penghijrahan zarah bercas, zarah koloid atau ion dalam larutan di bawah pengaruh medan elektrik. Pergerakan ini dapat dilihat secara langsung ataupun dengan memerhatikan pergerakan sempadan berwarna. Teknik ini terutamanya digunakan bagi pemisahan dan pengenalpastian sebatian biokimia. Ia dikenali juga sebagai elektroforesis. |
cation | kation | Fizik | Nanoteknologi | Atom atau molekul yang kehilangan satu atau lebih elektron menyebabkan atom dan molekul bercas positif. Contohnya, ion hidrogen (H+) dan ion ammonium (NH4+). |
Faraday cup | cawan Faraday | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Cawan logam (konduktif) yang berfungsi untuk menangkap zarah yang bercas (pengumpul ion). |
field | medan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kawasan yang dipengaruhi oleh elektrik, magnet atau gabungan yang dihasilkan daripada jasad bercas elektrik. |