Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.lo.téh] | برچلوتيه

Definisi : bercakap-cakap (dgn tidak tentu pokok pangkalnya atau tidak keruan), berbual-bual, mengoceh: ia tidak bekerja tetapi ~ saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.lo.téh] | برچلوتيه

Definisi : bercakap-cakap (dgn tidak tentu hujung pangkalnya); berbual-bual kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berceloteh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.

Kembali ke atas