Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(65)
Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain,
     dek rapat tetal tenunan kain,
jarum pun tidak menelusnya.

Bermaksud :

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
divorcedberceraiKependudukanTiadaTiada
proportion divorcedperkadaran berceraiGeografiTiadaTiada
age at divorceumur ketika berceraiGeografiTiadaTiada
non-dissociated liquidcecair tak berceraiKimiaTiadaTiada
age of divorceumur ketika berceraiGeografiTiadaTiada
acidasidKimiaTiadaSebatian yang bercerai di dalam air untuk menghasilkan H+ (asid Arrhenius) atau sebatian yang menderma H+ (asid LowryBronsted); misalnya, HCI dan HNO3. Asid juga dapat ditakrifkan sebagai sebatian yang menerima sepasang elektron bebas (asid Lewis), misalnya BF3. Asid trbahagi kepada asid kuat dan asid lemah. Larutan asid mempunyai pH kurang daripada 7, rasanya masam, menukarkan kertas litmus biru kepada merah, bertindak balas dengan logam aktif untuk menghasilkan gas hidrogen, dan bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air.
basebesKimiaTiadaSebatian yang bercerai di dalam air untuk menghasilkan OHˉ (bes Arrhenius0, dan sebatian yang menerima H+ (bes Lowry-Bronsted); misalnya, Na-OH dan NH3. Bes juga dapat ditaktifkan sebagai sebatian yang menderma sepasang elektron bebas (bes Lewis), misalnya NH3 dan OTˉ. Bes terbahagi kepada bes kuat dan bes lemah. Larutan bes rasanya pahit, mempunyai pH lebih daripada 7, menukarkan kertas litmus merah kepada biru, dan bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air.
anaphase IIanafasa IIBiologiGenetikFasa ketika sentromer bercerai, kromatid mula bergerak ke kutub sel.
anaphase IIanafasa IIBiologiGenetikFasa ketika sentromer bercerai, kromatid mula bergerak ke kutub sel.
baseasas;pangkalan; bes; dasar;; tapak (Sofbol)KimiaTiadaBes: Sebatian yang bercerai di dalam air untuk menghasilkan OH-, dan sebatian yang menerima H+, atau sebatian yang menderma sepasang elektron bebas.
12

Kembali ke atas