Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cu.cu/] | برچوچوق

Definisi : ; ~ ikan ark berderet rapat-rapat, bersesak-sesak; ~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cu.cu/] | برچوچوق

Definisi : sudah dicucuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercucuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roof top farmingperladangan atas bumbungPertanianAgroteknologiAktiviti perladangan atau bercucuk tanam yang dilakukan di atas bumbung bangunan bagi tujuan menghasilkan bahan makanan. Aktiviti ini banyak diamalkan di kawasan perbandaran yang kekurangan kawasan tanah untuk bercucuk tanam. Selain daripada hasil makanan, perladangan atas bumbung juga dapat mengurangkan suhu bangunan itu. Sistem tanaman yang diamalkan biasanya ialah daripada jenis hidroponik dan fertigasi, yang tidak memerlukan tanah.
crop rotationpergiliran tanamanBiologiPatologiKaedah bercucuk tanam (berkultur), iaitu menggantikan satu jenis tanaman dengan jenis tanaman lain yang tidak mempunyai hubungan botani yang erat. Salah satu tujuan kaedah ini, ialah supaya tanaman yang akan ditanam itu nanti tidak parah diserang oleh penyakit, kerana penyakit yang menyerang tanaman terdahulu berbeza dengan penyakit tanaman penggilir.
primary commoditybarangan utamaEkonomiTiadaBarangan yang dikeluarkan melalui kegiatan pertanian atau kegiatan ekstraktif seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, dan melombong. Misalnya, barang makanan, hasil pertanian, dan hasil perlombongan. Sinonim komoditi utama.
crop improvementpembaikan tanamanPertanianAgronomi

 Usaha ke arah meningkatkan daya produktiviti dan kualiti hasil sesuatu tanaman dengan kaedah pembiakbakaan. Secara tidak langsung, pembaikan tanaman telah dilaksanakan semenjak manusia mula bercucuk tanam. Petani telah memilih benih daripada pokok yang menghasilkan banyak buah dan mengeluarkan buah yang disukainya, dan apabila amalan ini berulang untuk beberapa generasi, daya hasil dan kualiti tanaman itu akan meningkat. Baka yang berhasil dan berkualiti tinggi akan diwujudkan. Dengan pengetahuan ilmu genetik dan pembiakbakaan yang dipelopori oleh Gregor Mendel (1822-1884), pembaikan tanaman dilakukan dengan sistematik dan meliputi kacukan dan pemilihan baka. Satu contoh kejayaan pembaikan tanaman ialah penghasilan varieti padi berhasil tinggi melalui program pembiakbakaan yang intensif oleh Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) daripada tahun 1960. Hasil padi dapat ditingkatkan daripada 1-3 ton kepada 5-7 ton sehektar dengan memilih jenis padi katek dan mempunyai nisbah buah ke daun yang ti

milk tammpemilikan sempurnaPerniagaan IslamTiadaPemilikan sesuatu benda berserta faedahnya secara kekal. Pemilik mempunyai hak menggunakan dan menikmati benda secara mutlak dalam urusan yang diharuskan oleh syarak mengikut kemahuannya. Pemilik bebas melakukan urus niaga barang seperti jual beli, hibah, wakaf, wasiat serta gadaian, dan urus niaga faedah seperti sewaan, pinjaman dan penggunaan tanah untuk bercucuk tanam.

Kembali ke atas