meter | meter | Kesusasteraan | Tiada | Matra: Irama sajak. Dalam puisi ada 4 jenis asas membentuk irama sajak. i. Bentuk kuantitatif. ii. Berdasarkan tekanan. iii. Berdasarkan suku kata. iv. Berdasarkan tekanan dan suku kata serentak. |
acceleration | pecutan | Sains Sukan | Biomekanik | Kadar perubahan halaju berdasarkan jangka masa tertentu. Pecutan ditentukan berdasarkan formula yang berikut: pecutan = (halaju akhir � halaju awal)/masa a = (v-u)/t dengan, a = pecutan v = halaju akhir u = halaju awal t = masa Unit SI bagi pecutan ialah m/s2. Suatu objek mengalami pecutan sifar jika halajunya sifar atau tiada perubahan halaju (malar) dalam gerakannya. Pecutan malar berlaku jika perubahan halaju adalah seragam. Apabila pecutan bernilai positif, halaju objek akan bertambah, dan apabila pecutan bernilai negatif, halaju objek berkurang. |
desired sensation level | tahap penderiaan disenangi | Sains Kesihatan | Tiada | Kaedah mengukur keupayaan alat bantu pendengaran berdasarkan ambang pendengaran individu untuk mengoptimumkan pengecaman pertuturan berdasarkan indeks artikulasi, bukan kriteria kekuatan. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
literal exegesis | tafsiran harfiah | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran berdasarkan pemahaman pembaca terhadap teks pada peringkat asas dan zahir. Pada asalnya, tafsiran harfiah digunakan untuk pemahaman kitab suci, tetapi kini digunakan untuk pemahaman teks sastera. Tafsiran harfiah melibatkan pendekatan terhadap teks pada peringkat makna yang denotatif, ternyata, dan mudah. Tafsiran ini tidak mengambil kira makna figuratif dan konotatif dalam perkataan, pernyataan, atau keseluruhan teks. Pendekatan ini melibatkan penjelasan terhadap teks berdasarkan sesuatu yang tersurat, dan bukan berdasarkan siratan atau konotasinya. |
botanical verification | penentusahan botani | Herba | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menentusahkan spesies tumbuh-tumbuhan berdasarkan maklumat nama binomial Latin yang terkini, sinonimnya, nama tempatan, bahagian tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk setiap sediaan serta arahan terperinci pengeluaran pertanian dan syarat pengumpulan berdasarkan Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP) sesebuah negara. |
rule of man | peraturan manusia | Undang-undang | Tiada | Pemerintahan yang merujuk kepada seseorang atau sekumpulan kecil individu yang mempunyai kuasa mutlak dan membuat keputusan berdasarkan kehendak dan keinginan peribadi, bukannya berdasarkan undang-undang yang ditetapkan atau persetujuan pihak berkuasa. |
affective fallacy | kekeliruan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Konsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik. |
loan on personal security | pinjaman berdasarkan cagaran peribadi | insurans | Tiada | Istilah yang merujuk kepada amaun yang seseorang insured boleh meminjam dengan menggunakan nilai tunai polisi insurans hayanya sebagai cagaran. |
decision making application | aplikasi pembuat keputusan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Atur cara yang direka bentuk untuk membantu membuat keputusan yang wajar berdasarkan penyusunan maklumat daripada kombinasi data mentah, dokumen, pengetahuan peribadi atau model perniagaan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah. Aplikasi ini menggabungkan kekuatan pemikiran manusia dengan kekuatan sistem pemodelan untuk mendapatkan keputusan yang optimum dan lebih tepat. Contoh penggunaan aplikasi ini adalah dalam menentukan rawatan yang terbaik kepada pesakit berdasarkan maklumat penyakit dan risiko yang akan dihadapi. |