Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.ya] | برداي

Definisi : 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.ya] | برداي

Definisi : bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaya

Peribahasa

Habis tenggang dan (= dengan) kelakar.

Bermaksud :

Tidak berdaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
minimum viable product (MVP)produk berdaya maju minimumTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu teknik pembangunan produk atau tapak web e-pembelajaran baharu dengan ciri-ciri minimum, tetapi memadai untuk pengguna awal kepada produk tersebut.
cyber resiliencekebingkasan siberTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKemampuan organisasi untuk berdaya tahan dan bertindak pantas dalam menghadapi dan memulihkan perniagaan daripada serangan siber.
seminal plasmaplasma seminalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCecair semen yang membantu sperma agar kekal berdaya hidup. Plasma seminal disumbangkan oleh kelenjar aksesori seks dalam saluran pembiakan jantan seperti kelenjar prostat, vesikel seminal dan bulbo uretra. Plasma seminal merupakan perantara fungsi kimia semen.
broom wagonkenderaan kutipSukanLumba BasikalPengangkutan yang disediakan bagi pelumba yang tercicir,atau tidak berdaya menamatkan perlumbaan. Sinonim: sack wagon
snowflake generationgenerasi salju/generasi rapuhUmumTiadaGenerasi yang lahir pada atau selepas tahun 2010 yang dikatakan kurang berdaya tahan dan lebih cenderung untuk tersinggung berbanding generasi sebelumnya.
sustainable productionpengeluaran mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan sistem yang bebas daripada pencemaran, penjimatan tenaga dan pemuliharaan sumber asli. Pengeluaran mampan boleh menghasilkan ekonomi yang berdaya maju dan menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan pengguna.
chemical modificationpengubahsuaian kimiaBuluhTiadaPengubahsuaian sifat buluh menggunakan bahan kimia seperti anhidrida, isosianida dan asid karboksilik. Bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan kumpulan hidroksil (-OH) pada buluh dan mengubah sifat buluh menjadi lebih kuat dan berdaya tahan.
photobleachingfotolunturFizikNanoteknologiPemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul.

Kembali ke atas