Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dén.dang] | برديندڠ

Definisi : , berdendang-dendang ber-nyanyi (berlagukan) dendang, bernyanyi (-nya­nyi) utk bersenang-senang hati: mereka terus ~ dan berpantun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dén.dang] | برديندڠ

Definisi : bernyanyi atau berlagu dendang; bernyanyi utk menghibur hati: Mereka ~ di majlis perkahwinan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdendang

Peribahasa

Sambil berdendang,
     biduk hilir.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.


Kembali ke atas