local colour | warna tempatan; warna lokal | Kesusasteraan | Puisi | Segala pencitraan dalam puisi terutamanya pemakaian bahasa dan penggunaan unsur alam yang bersifat tempatan. Dengan kata lain, tiada pengaruh dan penggunaan unsur dari luar wilayah atau negara. Contohnya, "Waktu Berdepan Denganmu, Kinabalu" dalam kumpulan pantun Era karya Kemala. Kinabalu Kinabalu kutatang rindu aneh itu atmacinta bercucuran dari tubuhmu dari sungai rahmat mengalir percintaan syahdu zaman ke zaman |
object poem | sajak objek | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengungkapkan pemikiran dan tema berdasarkan kepada sesuatu objek yang konkrit. Biasanya sesuatu objek yang dipuisikan itu disanjungi atau dikagumi oleh penyairnya. Contohnya, puisi "Gamelan" karya Shafie Abu Bakar dan "Waktu Berdepan Denganmu Kinabalu" karya Kemala. |
the sublime | sublim | Kesusasteraan | Tiada | Kehebatan, keagungan dan martabat sesebuah karya sastera. Keagungan dari segi pemikiran dan falsafah, ketinggian perasaan, kehalusan bahasa dan susunan karya sehingga melahirkan kesan ketakjuban pada pembaca. Idea tentang sublim ini dipandang tinggi dan dibincangkan oleh penulis pada kurun ke-18. Walau bagaimanapun, sublim menjadi penting selepas tulisan Edward Burke yang menghujahkan bahawa sublim bukan terbit daripada sesuatu keindahan, tetapi terbit daripada gabungan perasaan takut, gerun, atau ketidakselesaan semasa berdepan dengan keluasan alam. Pandangan ini melahirkan teori estetik dan psikologi tentang sublim yang kemudiannya mempengaruhi ahli falsafah Jerman Immanuel Kant. |
repetition | perulangan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini |