globular (vessel) | bentuk global (bekas) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bekas seperti tembikar yang mempunyai bahagian tapak yang bulat dan membolehkannya berdiri dalam keadaan stabil. Keluasan bahagian mulut tembikar hampir sama dengan ukuran bahagian dasar yang global. Alat ini digunakan untuk memasak dan juga tujuan khusus sebagai barang pengebumian. Contohnya, tembikar bentuk global ditemui pada kuburan 4 di Gua Cha,(Kelantan) yang berukuran diameter bibir 29.2 sentimeter dan tinggi 16 sentimeter. |