Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fung.si] | برفوڠسي

Definisi : mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfungsi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conducting tissuetisu pengalirBuluhTiadaBahagian pada berkas vaskular yang berfungsi sebagai pengangkutan, iaitu vesel metaxilem yang berfungsi untuk mengangkut air manakala floem pula mengangkut karbohidrat larut.
exhaust cutoutpintasan mati ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti berbentuk Y yang berfungsi sebagai injap yang diletakkan di talian ekzos sebelum gas ekzos memasuki peredam bunyi. Peranti ini berfungsi mengawal laluan gas ekzos sama ada memasuki ekzos atau melencongkan aliran tersebut ke paip yang lain tanpa memasuki peredam bunyi.
blindbidaiKesenianHiasan DalamanSejenis penutup ruang bukaan seperti tingkap dan koridor. Sebagaimana langsir, bidai berfungsi untuk mengawal cahaya, suhu, bunyi dan penglihatan dalam sesuatu ruang. Bidai diperbuat daripada kepingan kayu, buluh, plastik, fabrik atau logam. Bidai berfungsi secara menegak atau melintang dengan menggerakkannya secara manual dan automatik. Bidai melintang diperbuat daripada kepingan bahan yang lebih kecil, yang disusun secara melintang berbanding bidai menegak yang menggunakan kepingan bahan yang lebih lebar, yang disusun secara menegak.
stanzastanzaKesusasteraanTiadaSatu unit yang mengandungi beberapa bait dalam sesebuah sajak. Unit ini berfungsi menstrukturkan sajak tersebut kepada bahagian kecil. Unit ini bergantung pada jumlah baris, panjang pendek suku kata dalam setiap baris, skema rima dan matra. Sajak yang mempunyai 16 baris mungkin dibahagikan kepada empat stanza, dan setiap stanza mengandungi empat baris. Stanza berfungsi untuk menggariskan sempadan dan memperkembangkan suatu idea kepada idea yang seterusnya.
functional hierarchyhierarki berfungsiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaHierarki bandar yang berdasarkan fungsi sesuatu bandar dalam konteks negara atau wilayah.
surfactantsurfaktanFizikNanoteknologiBahan yang berfungsi mengurangkan tegangan permukaan suatu cecair, memudahkan penyebaran cecair dan menurunkan tegangan antara permukaan dua cecair. Surfaktan biasanya sebatian organik yang bersifat amfifilik, iaitu mengandungi kumpulan hidrofobik sebagai ekor dan kumpulan hidrofilik sebagai kepala. Surfaktan larut dalam kedua-dua pelarut organik dan air. Contohnya, alkilpolietilena oksida, benzalkonium klorida, sabun dan garam asid lemak. Surfaktan digunakan untuk menyalut bintik kuantum atau nanozarah untuk mengelakkan zarah daripada mengagregat.
interneuroninterneuronSains SukanBiomekanikNeuron yang berfungsi sebagai medium perhubungan di antara neuron sensori (neuron aferen) dengan neuron motor (neuron eferen).
counterionion penimbalFizikNanoteknologiIon yang berfungsi untuk mengekalkan keadaan neutral dalam larutan ionik. Contohnya, kation natrium (Na+) dalam garam biasa ialah ion penimbal untuk anion klorin (Cl-) dan sebaliknya.
stomachicstomakikHerbaPemiawaianSifat herba yang berfungsi untuk memulihkan otot perut, menghilangkan kesakitan atau ketakselesaan pada perut. Contoh ekstrak herba yang bersifat stomakik ialah esktrak halia (Zingiber officinale), minyak pati selasih (Ocimum basilicum) dan ekstrak kunyit (Curcuma longa).
analgesicanalgesikHerbaPemiawaianEkstrak herba yang berfungsi sebagai drug dan boleh meredakan kesakitan fizikal. Contohnya, mitraginin daripada daun ketum (Mitragyna speciosa).
12345678910...

Kembali ke atas