Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gaung] | برݢاءوڠ

Definisi : bergema, berkumandang: suara itu ~ masuk menujah telinga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gaung] | برݢاءوڠ

Definisi : berbalik (kembali) sbg gaung; bergema. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
livehidup; bergaung;; langsung (siaran)KejuruteraanTiada1. Hidup: Keadaan litar yang ada arus mengalir di dalamnya.,2. Tersambung kepada punca voltan elektrik.,3. Tercas kepada upaya elektrik yang berbeza daripada upaya bumi.,4. Bergaung: Keadaan bergema, seperti bilik yang berlaku pemantulan bunyi di dalamnya.
dan baudan bauMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Dan bau merupakan ziter  yang digesek. Badannya berbentuk kotak kayu yang berfungsi sebagai alat bergaung. Satu tali dipasang pada sebatang kayu dari satu hujung ke satu hujung yang lain. Talinya digesek dan dimainkan dalam muzik tradisional Vietnam. Sinonim dan doc huyen.

nafirinafiriMuzikTiadaAlat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis trompet. Nafiri merupakan tiub perak berbentuk kon tanpa lubang jari atau injap. Alat muzik ini hanya boleh menghasilkan beberapa pic sahaja. Nafiri menghasilkan bunyi bergaung dan kuat yang dimainkan dalam ensembel nobat. Alat muzik ini memainkan motif melodi pendek yang menandakan bahagian baru dalam sesebuah lagu nobat. Alat muzik trompet yang berasal dari Timur Tengah ini dibalut dengan kain berwarna kuning, iaitu warna diraja di Malaysia
bungkaubungkauMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Bungkau mempunyai pelidah yang dipasang pada rangka yang dipetik. Alat ini dimainkan dengan meletakkannya pada bibir pemain dan seterusnya rangka dipetik. Pelidahnya akan bergetar dan mulut pemain berfungsi sebagai alat bergaung. Bungkau juga dimainkan sebagai alat soIo oleh beberapa suku kaum asli di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Alat muzik ini dikenali sebagai bungkau di Sabah, ruding dan junggon di Sarawak serta ranggong di Semenanjung Malaysia.

gong siyemgong siyemMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Saiznya lebih kecil daripada gong agung, sementara picnya lebih tinggi daripada gong agung. Gong ini diperbuat daripada gangsa dengan menggunakan acuan. Bunyi gong ini lebih bergaung daripada gong suwukan atau gong lain. Gong siyem dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa dan Melayu.

pupuikpupuikMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip yang berid. Pupuik terdiri daripada paip yang mempunyai empat lubang jari dan sekeping rid yang terkandung di dalam paip tersebut. Pada hujung paip alat muzik ini dipasang sehelai daun kelapa yang digulung dalam bentuk kon yang dikenali sebagai pupuik gadang manakala dalam bentuk kon tanduk kerbau, dikenali seba­gai pupuik tanduk. Bahagian kon tersebut berfungsi sebagai alat bergaung untuk menguatkan bunyi. Alat muzik yang di­tiup pada pangkal ini menghasilkan melodi dalam ensembel caklempong. Pupuik yang terdapat di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia, dimainkan oleh suku kaum Minangkabau.

gong suwukangong suwukanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Gong ini diperbuat daripada gangsa secara tempa. Picnya lebih tinggi daripada gong agung tetapi bunyinya kurang bergaung daripada gong siyem. Alat muzik ini dimainkan dalam gamelan Jawa dan Melayu.


Kembali ke atas