aerodynamics | aerodinamik | Fizik | Tiada | Ilmu yang mengkaji gerakan udara (gas) khususnya mengenai daya yang bertindak ke atas sesuatu objek yang bergerak di udara. |
trajectory | trajektori | Sains Sukan | Biomekanik | Laluan melengkung yang diikuti oleh sesuatu objek. Contohnya, projektil yang bergerak di ruang udara. Lihat juga projektil. |
Aerosol Generating Procedures (AGPs) | Prosedur Penjanaan Aerosol | Kesihatan Awam | Tiada | Prosedur perubatan dan penjagaan pesakit yang menghasilkan pembebasan zarah bawaan udara (aerosol) berukuran <5 mikrometer (µm) yang terapung di udara dan bergerak jauh serta boleh menyebabkan jangkitan jika disedut. |
neuston | neuston | Sains Marin | Tiada | Organisma akuatik kecil atau plankton yang terapung-apung dan berenang di permukaan air atau mendiami lapisan permukaan dengan bergerak ke kawasan pertemuan udara dan air. |
radiator grill | jeriji radiator | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Bahagian yang dipasang di hadapan penyinar. 2. Penangkis dan penghias untuk melindungi radiator daripada rempuhan serpihan bendasing semasa kenderaan bergerak sambil membenarkan udara melaluinya untuk pendinginan radiator. |