Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergerak ke depan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in media resin medias resKesusasteraanTiadaTeknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali.
positive-displacement metermeter anjakan positifKejuruteraanTiadaSinonim: meter isi padu. Peranti pengukuran kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sistem atau paip tempat peranti tersebut dipasang, iaitu digunakan sebagai meter aliran. Pengukuran dilakukan berdasarkan konsep sesaran atau anjakan bendalir, iaitu dengan mengisi dan mengosongkan kebuk yang mempunyai isi padu tertentu. Anjakan atau sesaran bendalir tersebut dilakukan dengan menggunakan omboh yang bergerak ke depan dan ke belakang, omboh berayun, bilah berputar, tangki yang secara automatik boleh diisi dan dikosongkan, dan sebagainya.

Kembali ke atas