digital native | jati digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang sejak kecil lagi hidup dalam persekitaran teknologi digital ataupun seseorang yang "bahasa ibundanya" ialah bahasa digital bagi komputer, Internet dan peranti bergerak. Mereka selalu pantas dan tidak kekok untuk mendapat, mengolah dan menyebar maklumat digital. Mereka memerlukan persekitaran pembelajaran kaya-media untuk mengekalkan tumpuan. Banding imigran digital. |
undertow | arus bawah | Sains Marin | Tiada | Arus yang berlaku apabila terdapat perbezaan kekuatan antara pecahan ombak. Apabila ombak bergerak dari air dalam ke air cetek, ia akan berpecah apabila menghampiri pantai. Arus bawah selalu mencari jurang di dasar laut untuk kembali ke tengah laut. Sinonim arus karau. |
separatist movement | gerakan pemisah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan untuk memerdekakan sesuatu daerah atau wilayah dari sesebuah negara yang dilakukan secara tidak sah atau tidak mengikut perlembagaan. Gerakan ini menuntut supaya kemerdekaan diberi untuk membolehkan mereka memerintah sendiri. Gerakan ini dilakukan secara kekerasan dan kadangkala dalam bentuk keganasan yang melampau sehingga mengorbankan nyawa. Gerakan ini juga boleh bersifat ketenteraan atau sivil yang bergerak secara sulit atau bawah tanah atau di bawah parti politik. Semangat nasionalisme selalu mendasari gerakan ini di samping faktor lain seperti keagamaan, penentangan kepada diskriminasi dan dominasi serta bantuan dari kuasa luar. Contoh gerakan pemisah yang masih aktif ialah Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Pembebasan Islam Moro di Filipina. |