boules | boules | Sukan | Tiada | Permainan membaling bola secara bergilir-gilir sehampir mungkin dengan bola lebih kecil yang dibaling awal. Permainan ini berasal dari Perancis. |
hotel guest cycle | kitaran tetamu hotel | Pelancongan | Tiada | Ketibaan tetamu hotel secara bergilir-gilir mengikut musim. Contohnya, kebanyakan pelancong Arab akan menginap di hotel pada bulan Julai hingga September pada setiap tahun. |
kabaddi | kabadi | Sukan | Tiada | Permainan yang melibatkan dua pasukan dengan tujuh (7) orang pemain, bergilir-gilir mengejar dan menyentuh ahli pasukan lawan tanpa ditangkap oleh mereka. |
timesharing vacation ownership | pemilikan percutian perkongsian masa | Pelancongan | Tiada | Penggunaan rumah percutian semasa bercuti secara bergilir-gilir mengikut waktu yang diagih-agihkan. |
roving ambassador | duta litar | Pentadbiran | Tiada | Duta yang dihantar oleh sesebuah negara untuk melawat beberapa buah negara secara bergilir untuk mempromosikan kepentingan dan hubungan baik antara negara yang diwakili mereka dengan negara-negara yang dilawati. |
roundnet | gelung jaring | Sukan | Tiada | Permainan antara dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada dua (2) orang pemain yang bergilir-gilir memukul bola ke jaring kecil seperti trampolin untuk mendapatkan mata. |
rally Robin | giliran Robin | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan murid-murid secara berpasangan dan bergilir memberikan maklum balas tentang suatu perkara secara lisan. Kata Robin merujuk kepada apa-apa sahaja yang berbentuk bulat. |
show and tell session | sesi tunjuk dan terang | Pendidikan | Tiada | Kaedah pembelajaran dengan cara guru menunjukkan objek yang diketahui oleh murid dan memberitahu mereka di hadapan kelas secara bergilir-gilir. Kaedah ini selalunya menggunakan barang peribadi, makanan kegemaran dan juga gambar. |
antiphon | antifon | Muzik | Tiada | 1.Teks daripada Kitab Injil yang dinyanyikan sebelum dan selepas psalm atau kantikel dalam canta Gregorian. Antifon dinyanyikan dalam gaya silabik 2. Nyanyian oleh dua kumpulan korus secara bergilir-gilir dalam upacara gereja Katolik yang melibatkan nyanyian balas antara suara, bunyi dan melodi. |