Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguna

Puisi
 

Sayang tidak berguna lagi,
     Hujan lebat arus berduri;
Saya tidak kempunan lagi,
     Sudah dicapai di hujung jari.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Laksana antah lemukut (= melukut),
     lapar sangat baru berguna.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vitamin Pvitamin PHerbaTiadaRutin, C27H30O16. Sekumpulan sebatian seperti sitrin yang berguna untuk pengekalan keadaan normal dinding saluran darah kecil.
assetasetEkonomiTiadaHarta ketara atau tidak ketara yang mempunyai nilai wang. Aset berguna kerana perkhidmatan atau keuntungan boleh diperoleh daripadanya pada masa hadapan.
absurdabsurdKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�.
cultivarkultivarHerbaTiadaVarieti tumbuhan terpilih yang dihasilkan dan dikekalkan melalui proses pertanian. Kultivar yang berkualiti berguna bagi mengekalkan kekonsistenan kualiti bahan mentah herba.
morphological charactersciri morfologiHerbaTiadaSifat yang menggambarkan bentuk atau rupa sampel bahan secara makroskopi dan mikroskopi. Ciri morfologi berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Ciri-ciri bentuk, struktur sel, saiz, warna, permukaan, tekstur, fraktur dan rupa bahan sampel seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kulit kayu, akar, rizom dan sebagainya diperiksa dengan mata kasar, menggunakan kanta pembesar atau mikroskop.
vitamin Kvitamin KHerbaTiadaFormula C13H16C1NO. Minyak berwarna kuning yang terlarut lemak bukan steroid dan tak tersaponifikasi yang berguna untuk pembentukan protrombin. Vitamin K dikenali juga sebagai vitamin antihemoraj dan faktor protrombin.
vitamin K1vitamin K1HerbaTiadaFitonadion, C31H46O2. Sebatian cecair likat berwarna kuning terlarut benzena kloroform dan minyak sayur yang berguna dalam perubatan dan sebagai makanan tambahan.
inverted logologo songsangPenerbitanTiadaLogo yang mempunyai beberapa elemen berwarna dan beberapa elemen berwarna putih. Jenis logo ini berguna untuk diletakkan di atas latar belakang berwarna atau foto.
nursing objectiveobjektif kejururawatanKejururawatanTiadaMatlamat untuk menyelesaikan masalah pesakit yang ditentukan oleh jururawat semasa membuat perancangan kejururawatan. Ia berguna untuk menilai keberkesanan tindakan kejururawatan.
sensory charactersciri deriaHerbaTiadaSifat yang menerangkan jenis dan keamatan warna, bau dan rasa, serta tekstur bahan. Ciri deria berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Penentuan ciri deria dilakukan secara melihat dengan mata kasar, menghidu, merasa dengan mulut dan menyentuh dengan jari. Sifat bau ialah seperti wangi, busuk atau tengik, rasa seperti manis, masam atau pahit, dan tekstur seperti halus, kasar atau lembut.
12345

Kembali ke atas