Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brake lights switchsuis lampu berhentiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSuis yang terletak pada injak brek yang digunakan untuk menyalakan dan memadamkan lampu berhenti.
brake lightslampu berhentiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLampu merah pada bahagian belakang kenderaan, yang digunakan untuk menunjukkan brek sedang ditekan.
cardiac arrestjantung terhentiKejururawatanTiadaPengepaman jantung berhenti secara mengejut yang dicirikan oleh ketiadaan tekanan darah dan nadi. Ia berlaku akibat fibrilasi ventrikel dan asistole.
non-stop flightpenerbangan tanpa hentiPelanconganTiadaPenerbangan jarak jauh tanpa berhenti untuk mengisi minyak atau mengambil dan menurunkan penumpang.
through traffictrafik terusPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTrafik yang melalui sesuatu kawasan tanpa berhenti dalam kawasan tersebut.
garden leavecuti ujanaPentadbiranTiadaAmalan syarikat yang memberikan cuti bergaji pada pekerja yang telah berhenti atau diberhentikan tetapi masih mempunyai baki notis pekerjaan.
reversibility principleprinsip kebolehbalikanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa kebolehbalikan latihan akan berlaku apabila atlet berhenti berlatih selepas 72 jam sesi latihan terakhir. Hal ini bermakna, tahap kecergasan atlet akan mula menurun ke tahap kecergasan seperti sebelum latihan. Atlet perlu merancang masa latihan dan rehat yang sesuai supaya kesan kebolehbalikan yang merugikan tahap kecergasan tidak menjejaskan kesan latihan yang terdahulu.
pathological gamblingperjudian patologiPerubatanPsikiatriKetagihan atau keinginan yang sangat kuat untuk berjudi dan sukar untuk berhenti, walaupun mengetahui akibat buruknya.
Cheyne-Stokes breathingpernafasan Cheyne-StokesKejururawatanTiadaPernafasan yang abnormal dengan kadar pernafasan menjadi perlahan dan berhenti beberapa saat sebelum bernafas dengan cepat dan menjadi perlahan semula. Keadaan ini berlaku terutamanya kepada pesakit yang tenat.
astringentastringenHerbaPemiawaianEkstrak herba yang merangsang permukaan kulit untuk menjadi kurang berminyak, mengurangkan bengkak atau membuat luka berhenti berdarah. Contohnya, minyak pati serai makan (Cymbopogon citratus).
123

Kembali ke atas