Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hij.rah] | برهجره

Definisi : berpindah, meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: pemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar untuk mencari rezeki yg lebih baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hij.rah] | برهجره

Definisi : 1 berpindah dr Mekah ke Madinah (bkn Nabi Muhammad SAW). 2 meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: Mereka ~ ke bandar utk mencari pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hijrah
Kata Terbitan : berhijrah, menghijrahkan, penghijrahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anadromousanadromusBiologiTiadaMerujuk kepada ikan yang berhijrah dari air masin ke air tawar untuk bertelur pada setiap tahun.
prague schoolprague schoolKesusasteraanTiadaOrganisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle.

Kembali ke atas