reproductive system | sistem pembiakan | Kejururawatan | Tiada | Organ-organ berhubungan dengan organ pembiakan. Bagi lelaki, ia terdiri daripada testis, vas deferens, kelenjar prostat, vesikel seminal, uretra, dan penis. Bagi wanita, ia merangkumi ovari, tiub Fallopio, uterus, vagina, dan vulva. |
prosody | prosodi | Kesusasteraan | Puisi | Pengkajian tentang puisi dan aspek-aspek yang berhubungan dengan matra, intonasi, rima, rentak, irama, rangkap, baris dan lain-lain. Bertujuan untuk mencari nilai-nilai estetika tentang pengucapan sesebuah puisi. |
pantun budi | pantun budi | Kesusasteraan | Puisi | Tema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. |
metaphysical conceit | kiasan metafizika | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang muncul dalam pemikiran penyair yang berhubungan dengan fenomena dan citra yang tidak pasti kewujudannya. Keyakinan tentang kewujudannya hanya melalui akal fikiran yang rasional sahaja. Lazimnya kiasan metafizika ini kerap diselitkan dalam puisi Melayu yang mengungkapkan tema dan persoalan keagamaan. |
sufistic poetry | puisi sufistik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawa tema dan persoalan serta amanat yang berhubungan dengan ilmu tasawuf iaitu ilmu yang berhubung ketuhanan. Beberapa buah syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-17 di Aceh umpamanya Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu digolongkan ke dalam puisi sufistik ini. |
motor unit | unit motor | Sains Sukan | Biomekanik | Gabungan antara neuron motor dengan tisu-tisu otot yang berhubungan. |
prophetic leadership | kepemimpinan kenabian | Pengurusan | Tiada | Hal berkaitan dengan ciri-ciri pemimpin dan cara pimpinan yang berhubungan dengan Nabi. |
dramatic lyric | lirik dramatik | Kesusasteraan | Puisi | Ujaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |