beryllium poisoning | keracunan berilium | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada debu atau wap yang mengandungi berilium atau garam berilium, iaitu logam yang disyaki boleh menyebabkan kanser paru-paru. Keracunan akut akibat penyedutan menyebabkan pneumonitis akut, dengan sakit dada, spasma bronkus, demam, dispnea, sianosis, batuk, kahak berdarah, dan discas nasal. Kegagalan jantung kanan mungkin terjadi akibat peningkatan ketahanan arteri pulmonari. Penyentuhan kulit menyebabkan luka yang membentuk ulser yang dalam dan lambat sembuh. Dermatitis akut akibat terkena debu merangsang kebakaran darjah pertama dan kedua. Jika debunya terkena mata, konjunktivitis akut dengan makula kornea dan eritema teljadi. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan hilang berat badan dan dispnea. Kegagalan jantung kanan mungkin terjadi akibat peningkatan ketahanan pulmonari. Dalam pemeriksaan patologi, granuloma yang mengandungi monosit, limfosit, dan tisu gentian ditemui. Dalam kematian akibat pneumonitis akut, alveoli paru-paru dipenuhi dengan sel mononukleus dan plas |
beryllium reactor | reaktor berilium | Kejuruteraan | Tiada | Reaktor nuklear yang menggunakan berilium sebagai bahan penyederhana. |
beryllium content meter | meter kandungan berilium | Kejuruteraan | Tiada | Meter pengukur untuk menentukan kandungan berilium berdasarkan tindak balas nukleus. |
beryl | beril | Kimia | Tiada | Punca unsur berilium yang terdiri daripada campuran mineral berilium dan aluminium silikat. |
beryl | beril | Kejuruteraan | Tiada | Punca unsur berilium yang terdiri daripada campuran mineral berilium dan aluminium silikat. |
beryllium | berilium | Kimia | Tiada | Unsur logam bumi beralkali dalam kumpulan IIA (atau 2) jadual berkala, simbol Be, nombor atom 4, berat atom 9.012, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 1280oC, takat didih 2487oC, berbentuk pepejal kelabu, keras, rapuh, beracun, ringan, larut di dalam asid (kecuali asid nitrik) dan alkali. Berilium diperoleh terutamanya daripada bijih beril, dan diekstrak secara elektrolisis. Berilium digunakan untuk membuat aloi yang ringan dan tahan kakis. |
capsule source | punca kapsul | Kejuruteraan | Petroleum | Penjana neutron bebas buatan manusia yang berdasarkan tindak balas antara zarah alfa sebagai penembak dengan nukleus atom lain sebagai sasaran. Penjana yang biasa dipakai ialah campuran antara radium dengan berilium dan campuran plutonium-berilium. |
beryllium | berilium | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
beryllium | berilium | Kimia | Tiada | Unsur logam bumi beralkali dalam kumpulan IIA jadual berkala, nombor atom 4, berat atom 9.012, bersimbol Be. |
beryllium | berilium | Kimia | Tiada | Tiada |