press freedom | kebebasan akhbar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah. |
news feed | suapan berita | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Halaman web yang kerap dikemas kini untuk memaparkan berita atau maklumat terkini dalam media sosial. |
alcohol journalism | kewartawanan mabuk | Komunikasi | Tiada | Penulisan berita yang dilakukan oleh seseorang wartawan tanpa mempedulikan kehormatan diri atau bangsa. |
photojournalist | wartawan foto | Komunikasi Massa | Tiada | Individu yang mengumpul, menilai, menghasilkan dan menyampaikan berita serta maklumat dengan menggunakan gambaran secara visual untuk menyampaikan mesej secara efektif kepada khalayak. |
filter bubble | gelembung saringan | Umum | Tiada | Situasi apabila seseorang hanya mendengar atau melihat berita dan maklumat yang menyokong apa yang mereka sudah percaya dan suka, terutamanya situasi yang dicipta di internet hasil daripada algoritma (set peraturan) yang memilih hasil carian seseorang. |
media-crime connection | hubungan media-jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaporan jenayah oleh media termasuk berita, kewartawanan, media sosial dan media perdana yang mempengaruhi tanggapan masyarakat tentang jenayah. |
spam | spam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | E-mel yang tidak diundang oleh penerima. Kandungan e-mel tersebut biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa juga bentuk teks, grafik, atau fail lampiran. |
thread | jalur | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu ciri jalinan perbincangan yang digunakan oleh perisian pelanggan e-mel, papan buletin, kumpulan berita dan forum Internet. Jalur membantu pengguna dengan mengumpulkan mesej dan menjalinkan jawapan balasan secara visual untuk memastikan semua yang terlibat mendapat rentetan maklumat terkini mengenai tugasan semasa melalui perbincangan dalam talian. |
conspiracy | konspirasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perancangan sulit yang dilakukan oleh individu atau kelompok tertentu bagi mengatasi dan menewaskan pihak lawan. Perancangan ini dibuat secara rapi sehingga pihak lawan dan masyarakat tidak mengetahui dalang sebenarnya. Konspirasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fitnah, surat layang atau berita palsu yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan tertentu yang merupakan proksi atau tali barut perancang. Selain itu, konspirasi boleh juga berlaku secara kudeta, pembunuhan dan rusuhan yang menggunakan pihak tertentu seperti tentera dan pembunuh upahan, gerila serta kongsi gelap. Contohnya, kempen antikeganasan pentadbiran Bush di Amerika Syarikat merupakan satu bentuk konspirasi untuk menjatuhkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Sinonim komplot. |
khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |