insurance contract | kontrak insurans | insurans | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
insurance contract | kontrak insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
use and occupancy insurance | insurans guna dan huni | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari insured tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan. |
honeymoon phase | fasa bulan madu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Fasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa. |
duopoly | duapoli | Ekonomi | Tiada | Pasaran persaingan tak sempurna yang mengandungi dua pengeluar atau penjual bagi satu barangan yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan melalui persaingan harga dan persaingan bukan harga. Untuk mengelakkan kerugian, pengeluar atau penjual mungkin berkongsi pasaran seperti membahagikan pasaran mengikut kawasan dan berjanji tidak bersaing dalam kawasan masing-masing. |
performative | performatif | Kesusasteraan | Tiada | Sebahagian daripada kaedah mengklasifikasikan ayat. Performatif diperkenalkan oleh ahli falsafah J.L. Austin dan dianggap penting dalam teori aksi pertuturan. Performatif berbeza daripada konstatif, iaitu ayat deklaratif yang memperkatakan tentang situasi, sama ada benar atau salah. Contohnya, �Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia�. Perfomatif bukan sahaja menyatakan sesuatu tetapi turut melakukan sesuatu secara verbal. Contohnya, �Saya berjanji akan membayar balik wang awak esok�. Dalam performatif, isu penting bagi ayat bukan kebenarannya tetapi keberkesanan ayat itu meyakinkan pendengaran. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk mengkaji sesuatu ayat dalam karya sastera. |