polyphyletic | polifiletik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Takson yang membentuk kelompok organisma yang berjauhan jaraknya disebabkan kekurangan ahli dari leluhur sama paling terkini (MRCA). Lihat juga leluhur sama paling terkini (MRCA). |
far-field recording | rakaman medan jauh | Sains Kesihatan | Tiada | Rakaman yang dilakukan di tempat yang berjauhan atau berlainan dari sasaran yang hendak diuji. Contohnya, rakaman tentang aktiviti elektrik dilakukan berhampiran dengan tetingkap bulat. |
provincial estates | estet wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aset atau harta milik sesebuah negara yang terletak di kawasan yang berjauhan dari pusat pemerintahan negara tersebut. Estet ini menjadi aset yang amat penting kepada pembangunan ekonomi dan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara. Contohnya, ladang kelapa sawit di Papua New Guinea merupakan estet wilayah Malaysia. |
territorial integrity | keutuhan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai . |
signature sequence | jujukan tunjuk tanda | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Jujukan DNA atau protein yang bersaiz antara 10 hingga 50 nukleotida atau asid amino yang mempunyai fungsi dan struktur tertentu. Jujukan tunjuk tanda ini terpelihara dan dikongsikan bersama-sama klad yang berjauhan pada nod pepohon filogenetik. Jujukan tunjuk tanda digunakan untuk mengenal pasti hubungan evolusi spesies dengan lebih berkesan. |
voting booth | pondok mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pondok atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Pondok ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Pondok ini lazimnya terletak dalam bilik yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran pengundian dan kotak undi bagi memudahkan beliau meletakkan kertas undi yang telah digunakan. |
polling booth | petak mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan kecil atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Petak ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Petak ini biasanya terletak di dalam bilik mengundi yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran dan kotak undi. Petak mengundi harus terlindung daripada penglihatan orang lain bagi menjamin kerahsiaan pengundian itu. |
exciton | eksiton | Fizik | Nanoteknologi | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |