Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjuta, berjuta-juta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Irish faminekelaparan IrishBiologiPatologiMala petaka yang menyebabkan berjuta-juta penduduk Ireland mati kelaparan pada tahun 1885, kerana kekurangan makanan. Berjuta-juta orang pula telah berhidrah ke Amerika Urata. Hal ini disebabkan epidemi penyakit hawar lewat, pada kentang yang disebabkan oleh kulat phytophthora infestans.
ferromagnetic materialbahan feromagnetKimiaTiadayang menunjukkan ketelusan relatif jauh melebihi uniti, sehingga berjuta-juta.
mainframe computerkomputer kerangka utamaKomputerTiadaKomputer besar yang berkuasa tinggi, yang boleh mencapai berjuta-juta aksara data dan boleh memproses data dengan cepat.
ferromagnetic substancebenda feromagnetKimiaTiadaBahan yang menunjukkan ketelusan relatif jauh melebihi uniti, sehingga berjuta-juta.
fossil fuelbahan api fosilGeologiTiadaBahan daripada zat haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang tertimbus berjuta-juta tahun di dalam batuan atau di celah lapisan batuan, yang dikeluarkan untuk digunakan sebagai bahan api.
Winchester diskcakera WinchesterPentadbiran PerniagaanTiadaCakera keras yang biasanya di dalam unit berbentuk kotak yang menyimpan maklumat berjuta-juta aksara.
alveolar collapsepenguncupan alveolusPerubatanTiadaPengecilan alveolus disebabkan tarikan graviti terhadap alveolus di bahagian zon 4 dalam paru-paru. Paru-paru biasanya terdiri daripada berjuta-juta alveolus yang dibahagikan kepada empat zon, iaitu zon 1, 2, 3 dan 4. Penguncupan alveolus juga boleh disebabkan tekanan secara terus pada paru-paru, pneumotoraks tensi dan sumbatan dalam saluran pernafasan. Manifestasi penguncupan alveolus boleh mengakibatkan penurunan ketepuan oksigen (hipoksia) dan kekurangan kandungan oksigen dalam darah (hipoksemia).
crude oilminyak mentahKimiaTiadaCampuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. Minyak ini berasal daripada haiwan dan tumbuhan yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu. Pecahan minyak mentah yang utama diperoleh daripada proses pemecahan atau penyulingan berperingkat. Misalnya, gas hidrokarbon, nafta, gasolin, kerosin, minyak pelincir, lilin parafin dan asfalt. Minyak mentah digunakan untuk membuat benzena, fenol toluena, xilena, plastik, dan elastomer. Sin. petroleum.
software engineeringkejuruteraan perisianTeknologi MaklumatPerisianDisiplin yang merangkumi kesemua aspek pengeluaran daripada peringkat awal spesifikasi sistem sehingga ke peringkat penyelenggaraan sistem. Pembangun perisian akan menggunakan pendekatan yang sistematik dalam menghasilkan perisian berkualiti tinggi secara berkesan. Disiplin ini amat penting untuk membangunkan sistem yang kompleks dan kritikal seperti sistem pertahanan atau sistem yang mengandungi berjuta-juta baris kod seperti sistem pengendali. Istilah kejuruteraan perisian pertama kali diperkenalkan oleh F.L. Bauer dan dipopularkan semasa Persidangan Kejuruteraan Perisian NATO pada tahun 1968.
persuasionpujukanPsikologiPsikologi UmumSebarang usaha untuk mengubah sikap atau kepercayaan individu melalui maklumat dan hujah yang menyakinkan. Contohnya, ahli perniagaan selalunya mempunyai keyakinan bahawa pandangan atau sikap seseorang itu boleh diubah. Pujukan boleh merupakan sekadar pandangan kecil seseorang kawan terhadap suatu perkara atau produk yang tidak disukai atau sebaliknya hinggalah kepada pemilihan sesuatu parti pemerintah yang boleh menelan belanja berjuta-juta ringgit. Kejayaan pujukan boleh dipengaruhi oleh tiga faktor utama, iaitu mesej yang disampaikan, orang yang menyampaikannya dan khalayak yang ditumpukan.
12

Kembali ke atas