Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.dar] | برقدر

Definisi : berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.dar] | برقدر

Definisi : berimbang dgn kadarnya; menurut atau mengikut kadarnya: Tekanan gas ~ songsang dgn isi padunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkadar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proportional systemsistem berkadarSains PolitikPolitik PerbandinganLihat perwakilan berkadar.
proportgional taxcukai berkadarEkonomiTiadaCukai yang kadarnya tidak berubah walaupun nilai asal cukai berubah. Dalam cukai berkadar, kadar cukai sut sentiasa sama dengan kadar cukai purata. Misalnya, cukai jualan sebanyak 5% dikenakan terhadap jumlah jualan tanpa mengira jumlah jualan tersebut.
law of accelerationhukum pecutanSains SukanBiomekanikHukum Newton Kedua yang berkaitan dengan pergerakan. Hukum ini menyatakan bahawa pecutan berkadar terus dengan daya dan berkadar songsang dengan jisim. Perkaitan antara pecutan jisim dan daya dinyatakan sebagai: F = ma atau F = mg iaitu, F = daya, m = jisim, a = pecutan, g = pecutan graviti
effusionefusiKimiaKimia AnalisisPengeluaran gas di bawah tekanan melalui suatu bukaan. Kadar pengeluaran ini (efusi) berkadar terus kepada luas bukaan itu. Kadar efusi relatif gas-gas adalah berkadar songsang kepada punca ganda dua berat molekul masing-masing. Asas ini digunakan secara amalinya untuk menyelidik tekanan wap rendah dan berat molekul gas-gas. Alatan yang digunakan untuk tujuan ini disebut Knudsen.
proportional representationperwakilan berkadarSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang berasaskan nisbah penduduk dengan wakil rakyat untuk memastikan setiap kelompok memiliki wakil rakyat di dewan perundangan. Melalui sistem ini, pembahagian kawasan berasaskan jumlah penduduk iaitu penduduk yang ramai akan mendapat lebih ramai wakil manakala yang lebih kecil mendapat wakil yang kurang. Sistem ini mempunyai dua bentuk amalan yang utama iaitu sistem Hare dan List. Dalam sistem ini, pengundi diberikan senarai calon yang bertanding dan mereka diminta memilih beberapa bilangan calon yang ditetapkan, seperti tiga sahaja atau lima sahaja. Sementara itu, satu jumlah purata yang munasabah telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihan raya dan calon yang mengatasi bilangan ini dianggap menang. Walau bagaimanapun, calon yang mendapat jumlah undi yang besar mengatasi jumlah purata boleh memindahkan lebihan undi kepada calon lain dari parti yang sama. Sistem ini berbeza dengan sistem majoriti mudah apabila lebihan undi majoriti tidak boleh dipindahkan. Sinonim sistem berkadar.
proportional reinsurancereinsurans berkadarinsuransTiadaReinsurans yang berkongsi premium dan tuntutan mengikut kadar yang ditetapkan di antara insurer dan insured.
rateable areakawasan berkadarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
proportionate sharingkongsi berkadarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
apportionmentpembahagian; agihan berkadar; peruntukanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
apportionmentpembahagian; agihan berkadar; peruntukanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123

Kembali ke atas