Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.cua.li] | برکچوالي

Definisi : 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.cua.li] | برکچوالي

Definisi : 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutral territorywilayah berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah atau negara yang bebas atau tidak memihak kepada mana-mana negara atau kuasa. Wilayah seperti ini berkecuali kerana kepentingan tertentu seperti keselamatan, ekonomi, politik dan sebagainya. Contohnya, Switzerland merupakan wilayah berkecuali dalam Kesatuan Eropah. Sinonim wilayah neutral/zon berkecuali.
neutral powerkuasa berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganPihak yang berkuasa tetapi berpendirian untuk tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau pihak yang sedang bersaing. Badan atau negara ini mengambil sikap berkecuali atau tidak memihak walaupun berupaya untuk menyokong mana-mana pihak yang disukainya. Contohnya, negara China merupakan kuasa berkecuali pada Perang Teluk 1990.
neutralized zonezon berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganLihat wilayah berkecuali.
abstainberkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTingkah laku aktor politik sama ada individu, kelompok atau negara yang tidak mahu campur tangan, terlibat atau menyokong mana-mana pihak yang sedang bersaing dan berkonflik. Pendirian ini merupakan darjah berkecuali yang sangat tinggi berbanding dengan dasar neutralisme. Contohnya, Switzerland dianggap sebagai negara yang mengamalkan dasar berkecuali ini dalam pelbagai isu dan konflik dunia.
neutralized statenegara berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang berubah pendiriannya kepada tidak lagi memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersaing. Sebelum ini, negara tersebut merupakan sebuah negara yang jelas memihak tetapi telah mengalami proses peneutralan yang mengubah dasarnya kepada tidak memihak atau berkecuali. Contohnya, Jordan dalam kes Perang Teluk tahun 2003, telah berubah menjadi berkecuali apabila negaranya dian cam oleh Amerika Syarikat jika memihak kepada Iraq.
neutralismneutralismeSains PolitikPolitik PerbandinganPendirian berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersengketa atau bersaing. Fahaman ini menekankan kedudukan bersahabat dengan semua pihak dan tidak menyokong atau memberi bantuan kepada mana-mana pihak tertentu. Fahaman ini dikembangkan oleh Monroe yang lebih dikenali sebagai Doktrin Monreo dalam dasar luar Amerika Syarikat semasa beliau menjadi presiden negara tersebut. Contohnya, Malaysia berpegang kepada faham berkecuali dalam persaingan antara blok timur dan barat semasa Perang Dingin dahulu. Sinonim faham neutral/faham berkecuali.
neutralismfaham berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganLihat neutralismel faham neutral.
neutral vehiclekenderaan berkecualiSukanLumba BasikalKenderaan yang mengiringi pelumba untuk memberikan bantuan kepada pelumba, sekiranya perlu.
neutral zonezon berkecualiSukanLumba BasikalKawasan dan masa yang tidak dikira dalam pertandingan,oleh sebab kemalangan atau bencana alam.
neutral territorywilayah neutralSains PolitikPolitik PerbandinganLihat wilayah berkecuali.
12

Kembali ke atas