opportunistic pathogen | patogen oportunistik | Perikanan | Akuakultur | Mikrob yang berkemampuan untuk menyebabkan penyakit apabila ketahanan sistem imun ikan merosot. Keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti persekitaran yang terganggu, bahan kimia atau jangkitan penyakit lain. |
uninsured motorist coverage | pemotoran tidak berinsurans | insurans | Tiada | Perlindungan dalam insurans polisi automobil yang insurer dikehendaki membayar kerugian kepada insured yang mana menjadi tanggungjawab seorang pemotor yang lain, yang tidak berkemampuan untuk membayar oleh kerana tidak diinsuranskan. Perlindungan ini hanya diberi untuk kecederaan anggota badan sahaja dan juga kecederaan terhadap insured akibat kemalangan langgar lari. |
tax equity | ekuiti cukai | Ekonomi | Tiada | Agihan yang adil terhadap beban cukai. Ekuiti cukai boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu ekuiti cukai menegak dan ekuiti cukai mendatar. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan bebas cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan beban cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai mendatar pula, agihan beban cukai adalah sama bagi golongan yang berkemampuan yang sama walaupun punca pendapatan mereka berlainan. |