Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Liturgical dramadrama liturgiKesusasteraanTiadaDrama yang ditulis untuk upacara keagamaan di gereja. Persembahan drama liturgi popular pada Zaman Pertengahan , dipercayai berasal daripada teks nyanyian semasa upacara sembahyang di gereja. Pada peringkat permulaan, drama liturgi dipentaskan di Monasteri St, Benedictine di Perancis, Jerman, Switzerland dan Sepanyol. Drama liturgi berkembang pesat antara tahun 1950-1300 dengan pementasan cerita yang dipetik daripada Bible.
social democracydemokrasi sosialSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-Iahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudiannya berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan. Contohnya, Great Britain di bawah pentadbiran Tony Blair.
social sciencessains kemasyarakatanSains PolitikPolitik PerbandinganCabang ilmu atau sains yang mengkaji perlakuan manusia dalam aspek sosial dan budayanya. Bidang ini merangkumi disiplin antropologi, sosiologi, psikologi, sains politik, ekonomi, linguistik, geografi, pengajian pembangunan, komunikasi politik, undang-undang, ekonomi, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun disiplin undang-undang, ekonomi dan pengurusan perniagaan telah berkembang dengan pesat dan sudah memiliki subbidang tersendiri. Contohnya, bidang penyelidikan sains sosial di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor kaum kerana latar belakang masyarakat yang sangat majmuk. Sinonim sains sosial.

Kembali ke atas