Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.mung.ki.nan] | برکموڠکينن

Definisi : mempunyai kemungkin­an, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.mung.ki.nan] | برکموڠکينن

Definisi : mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkemungkinan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deleterious mutationmutasi mudaratBioinformatikBioinformatik MolekulPerubahan genetik yang berkemungkinan memberi kesan kepada fungsi gen dan membawa kepada peningkatan kerentanan atau kecenderungan individu terhadap penyakit tertentu.
persistent offenderspesalah tegarKriminologiKeadilan JenayahSeseorang yang melakukan jenayah berulang kali dan berkemungkinan akan melakukan jenayah lagi sekiranya tidak ada intervensi seperti kaedah pemulihan yang dapat menghentikan pengulangan kesalahan tersebut. Pesalah tersebut juga dikenali sebagai pesalah kronik.
explicittersuratKesusasteraanPuisiMaksud sebuah puisi yang jelas difahami kerana penggunaan bahasanya tidak berkemungkinan membawa erti yang lain. Sinonim eksplisit.
dramatic lyriclirik dramatikKesusasteraanPuisiUjaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati
shrinkage cavityrongga pengecutanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang terhasil daripada proses tuangan. Proses ini berkemungkinan akan menyebabkan rongga terbentuk semasa berlakunya pemejalan dan pengecutan logam lebur. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pengecutan yang tidak sekata semasa pemejalan logam lebur. Contoh rongga pengecutan ialah pengecutan makro dan pengecutan mikro.
deconstructiondekonstruksiKesusasteraanTiadaTeori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu �dibaca� dan �diinterpretasikan�. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantung pada perbezaan dengan semua makna yang berkemungkinan dan sentiasa tertangguh. Derrida menggunakan istilah differance untuk menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Bagi Derrida, interpretasi merupakan suatu proses yang tidak berkesudahan yang berterusan. Lihat juga kritikan dekonstruktif.
risk controlkawalan risikoinsuransTiadaUsaha untuk mengurangkan kekerapan ketenatan atau perubahan setiap tahun yang sering berlaku bagi sesuatu risiko yang berkemungkinan berlaku.
bassadanzabassadanzaMuzikTiadaTarian popular di istana Perancis pada abad ke-15 dan abad ke-16 biasanya bermeter dupel atau tripel. Bassadanza juga berkemungkinan dalam gabungan meter dupel dan tripel.Bassadanza dalam tempo tripel dikenali sebagai branle gay.Temponya perlahan dan mungkin diikuti tarian lain yang bertempo laju. Bassadanza melibatkan improvisasi berdasarkan muzik lain yang sudah wujud atau pada lapis tenor. Contohnya, Danseries a 4 Parties, Second Livre Basse Danse, No. I oleh Attaingnant (lebih kurang tahun 1494-1551).
electromagnetic sensorsensor elektromagnetFizikNanoteknologiPenderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia.
nursing processproses kejururawatanKejururawatanTiadaDefinisi oleh NANDA, iaitu pertimbangan klinikal kejururawatan berkaitan dengan individu, keluarga, atau masyarakat yang memberi respons terhadap masalah kesihatan atau proses kehidupan sama ada sebenar (yang sedang dialami) atau berpotensi (yang berkemungkinan).
12

Kembali ke atas