crown prince | putera mahkota | Sejarah | Tiada | Orang yang berketurunan bangsawan yang bakal dilantik menjadi raja atau menduduki takhta. |
wayang kulit Jawa | wayang kulit Jawa | Muzik | Tiada | Teater wayang yang berasal dari Jawa, Indonesia. Di Malaysia, wayang kulit Jawa merupakan teater rakyat orang berketurunan Jawa di Johor. Teater ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli seperti penggunaan patung Jawa cerita epik Mahabharata serta diiringi ensembel gamelan Jawa. Sinonim wayang kulit purwa. Lihat juga wayang gedek, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung. |
jidur | jidur | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Jidur ialah dram berbentuk tong pendek yang cembung. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara dan boleh didapati dalam pelbagai saiz. Alat muzik ini mempunyai satu atau dua permukaan kulit yang dipukul dengan pemukul kayu. Jidur dimainkan dalam ensembel muzik seperti kuda kepang oleh masyarakat berketurunan Jawa di selatan Semenanjung Malaysia. |
zajal | zajal | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lisan tradisional yang disampaikan dalam dialek tempatan. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol). Sebahagian puisi z?j?l dicipta secara improvisasi dan sebahagiannya dipersembahkan dalam bentuk perbahasan. Biasanya, persembahan dilakukan oleh sekumpulan penyanyi lelaki yang mendendangkan sebahagian daripada puisi tersebut, diiringi alat muzik seperti gendang dan serunai. Kemunculan puisi ini berpunca daripada perkembangan puisi muwashshahah di Andalaus. Puisi z?j?l dan muwashshahah mempunyai ciri persamaan yang ketara terutamanya dari segi penggunaan dialek tempatan dan strukturnya. Seterusnya, muncul pada z?j?l yang menggunakan bahasa Arab standard hasil penglibatan penyair Arab jati yang mendiami Andalus. Kemunculan z?j?l bukan sahaja memperkaya perbendaharaan seni sastera Arab, tetapi juga menonjolkan seni berasaskan dominsi etnik Barbar. Pelopor puisi ini ialah Abu Bakr Ibn Quzman yang berketurunan Barbar. Selain Ibn Quzman, terdapat beberapa orang penyair yang terlibat secara lan |