Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.sar] | برکيسر

Definisi : 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.sar] | برکيسر

Definisi : 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,

Puisi
 

Nyiur manis dimakan rusa,
     Peti belayar Negeri Keling;
Buat manis hadapan kita,
     Hati berkisar tempat lain.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tahu di angin berkisar.

Bermaksud :

Tahu akan perubahan hati seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
theorems of Pappusteorem PappusMekanikGunaanDua teorem yang memberikan sebutan untuk luas permukaan kisar dalam ungkapan panjang lengkung yang berkisar, dan sebutan untuk isi padu jasad kisar dalam sebutan luas yang berkisar. Teorem pertama menyatakan bahawa luas permukaan kisar adalah sama dengan panjang lengkung yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid lengkung semasa menghasilkan permukaan tersebut. Bagi lengkung yang panjangnya L dan berputar di sekitar paksi-x yang tidak melintasi lengkung itu, luas A permukaan kisa ryang dihasilkan diberikan oleh ungkapan A = 2pyL, dengan y sebagai jarak malar sentroid lengkung itu dari paksi-x. Teorem kedua menyatakan bahawa isi padu bagi jasad kisar sama dengan luas yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid luas itu semasa menghasilkan jasad tersebut. Isi padu V bagi jasad kisar yang dihasilkan oleh luas A yang berkisar di sekitar paksi-x (yang melintasi luas itu) diberikan oleh ungkapan V = 2”y A, dengan y sebagai jarak malar sentroid luas itu dari pak
revolveberkisarFizikTiadaTiada
revolveberkisarKomunikasi MassaTiadaTiada
revolvingberkisarMatematikTiadaTiada
revolveberkisarMatematikTiadaTiada
wheelingberkisarPendidikanTiadaTiada
revolvingberkisarEkonomiTiadaTiada
revolveberkisarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
biopoliticsbiopolitikSains PolitikTiadaPolitik antarabangsa yang berkisar di sekitar persoalan ekologi.
farcical talescerita jenakaKesusasteraanTiadaCerita yang berkisar pada seseorang tokoh yang lucu. Kelucuan ada kalanya kerana kebodohannya dan ada kalanya kerana kecerdasannya. Contoh: cerita Lebai Malang dan cerita Musang Berjanggut.
12345

Kembali ke atas