Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.sar.kan] | برکيسرکن

Definisi : berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tarik selampittarik selampitMuzikTiada

Seni penceritaan di Kelantan dan di Patani yang dinyanyikan oleh seorang penglipur lara yang bergelar Tok Selampit. Tok Selampit akan memainkan beberapa watak melalui canta, nyanyian dan dialog. Tok Selampit akan memainkan alat muzik bertali, iaitu rebab untuk mengiringi persembahannya. Ceritanya berkisarkan cerita rakyat daripada tradisi lisan. Lihat juga awang batil.

ketoprakketoprakMuzikTiada

 Teater opera dari Yogjakarta, Jawa Tengah yang menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Teater ini wujud pada abad ke-19 dan dipersembahkan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Ceritanya berkisarkan golongan bangsawan dari Jawa, Arab, China dan Eropah. Ensembel gamelan Jawa mengiringi nyanyian dan cerita dalam teater ini. Keto­prak mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan de­ngan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stam-bul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Fili-pina, likay di Thailand, bangsawan di Malaysia d

RamayanaRamayanaMuzikTiada

Epik dari India yang telah tersebar ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan dan peluasan pengaruh India. Versi tempatan telah wujud di Thailand, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Burma. Cerita Ramayana masih dipersembahkan dalam persembahan wayang kulit, wayang orang dan tarian klasik di negara berkenaan. Cerita utama tentang Seri Rama yang menyelamatkan isterinya, Siti Dewi yang telah diculik oleh Rawana, manakala cerita sampingan berkisarkan pengembaraan Seri Rama, adiknya Laksamana, monyet putih Hanuman dan hulubalang lain semasa mencari Siti Dewi.


Kembali ke atas