Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.run.ku.run] | برقرون - قرون

Definisi : beratus-ratus tahun, ber­abad-abad: adat yg sudah ~ dianuti tidak mudah dapat dihapuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.run.ku.run] | برقرون - قرون

Definisi : beratus-ratus tahun; berabad-abad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkurun-kurun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Climax vegetationVegetasi klimaksPertanianAgronomi

Jenis dan corak tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada sesuatu kawasan yang tidak mengalami gangguan oleh manusia untuk berkurun-kurun lamanya. Vegetasi klimaks dipengaruhi oleh iklim, jenis tanah dan topografi kawasan. Contohnya vegetasi hutan hujan adalah vegetasi klimaks di Malaysia disebabkan iklim panas dan lembab tanpa musim kemarau yang menggalakkan pokok-pokok besar menguasai kawasan. Di sebahagian besar Asia Tengah pula terdapat padang rumput sebagai vegetasi klimaks disebabkan kadar hujan yang rendah dan musim kering berpanjangan selain suhu yang rendah.


Kembali ke atas