reverse phase liquid column chromatography | kromatografi turus cecair fasa terbalik | Kimia | Kimia Analisis | Teknik kromatografi turus yang menggunakan padatan (fasa pegun), tidak berkutub dan pengelusi (fasa gerak) berkutub. |
polarized development | pembangunan berkutub | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bentuk pembangunan yang bertumpu di pusat pembangunan. |
electroosmosis | elektroosmosis | Fizik | Nanoteknologi | Pergerakan cecair berkutub menerusi membran atau struktur nanoliang di bawah pengaruh medan elektrik. Contohnya, dalam sel bahan api, elektroosmosis menyebabkan proton bergerak menerusi membran pertukaran proton untuk membawa molekul air daripada anod ke katod. |
micelle | misel | Kimia | Kimia Analisis | Agregat bahan koloid, yang mengandungi kepala berkutub dan ekor hidrofobik alkil yang panjang (agen aktif permukaan) yang berlaku pada suatu kepekatan tertentu yang dikenali sebagai kepekatan misel genting. |
biamperometric titration | pentitratan biamperometri | Kimia | Kimia Analisis | Pentitratan amperometrik yang menggunakan dua elektrod berkutub yang serupa, atau elektrod penunjuk yang serupa untuk mengesan titik akhir tindak balas redoks di antara bahan yang dititrat dengan pentitrat. |
shim coil | gegelung baji | Kimia | Kimia Analisis | Gegelung elektrik kecil yang terletak pada permukaan berkutub magnet dalam alatan. Gegelung ini digunakan untuk mendapatkan medan magnet yang homogen. |
lipid | lipid | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol. |
hydrophilic | hidrofilik | Fizik | Nanoteknologi | Sifat bahan atau molekul yang cenderung kepada air, iaitu mudah menyerap dan larut di dalam air. Bahan hidrofilik biasanya bercas dan mempunyai kumpulan berkutub yang strukturnya menarik molekul air. Contohnya, titanium dioksida yang biasanya digunakan pada cermin kenderaan untuk menghilangkan kabus dan minyak yang melekat pada cermin berkenaan. Banding hidrofobik. |
lipid | lipid | Herba | Pemiawaian | Sebatian organik semula jadi yang mempunyai keterlarutan dalam air yang terhad atau terbatas dan boleh diekstrak daripada herba dengan menggunakan pelarut organik yang tidak berkutub, seperti heksana dan kloroform. Lipid terbahagi kepada dua jenis, iaitu terhidrolisis seperti jenis lelemak dan minyak, dan tidak terhidrolisis seperti sterol dan lilin. Contohnya, kandungan lipid yang terdapat di 41 dalam biji selasih (Ocimum basilicum), buah dan daun gajus (Anacardium occidentale). |
detoxification | penyahtoksikan | Herba | Pemiawaian | Penyingkiran bahan toksik oleh organisma. Proses ini berlaku melalui tindak balas pengoksidaan atau pengautooksidaan ke atas bahan toksik berkenaan. Bahan yang teroksida menjadi lebih berkutub dan akhirnya larut dalam air, kemudian dikumuhkan melalui air kencing. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale) diminum untuk menyahtoksin dalam badan. |