Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lan.ju.tan] | برلنجوتن

Definisi : berpanjangan, berterusan, ber­kekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh­-puluh tahun lamanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lan.ju.tan] | برلنجوتن

Definisi : berpanjangan; berterusan: Pertempuran itu ~ sampai tiga hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)Kesihatan AwamTiadaPenyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus korona dengan gejala termasuk demam dan batuk dan dalam sesetengah kes berlanjutan kepada radang paru-paru dan kegagalan pernafasan.
ephippiumefipiumPerikananAkuakulturSarung telur dalam keadaan rehat daripada pelbagai spesies krustasea kecil dalam kumpulan Kladosera. Efipium ini dilindungi oleh lapisan karapas kulit luar tambahan. Efipium terbentuk daripada kulit belakang ibunya bagi meningkatkan daya tahan telur rehat terhadap keadaan persekitaran yang buruk. Perkembangan embrio semasa efipium adalah terhenti. Efipium boleh berlanjutan selama bertahun-tahun sebelum embrio menyambung semula perkembangannya dengan rangsangan penetasan yang sesuai.
civil warperang saudaraSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992.

Kembali ke atas