long-tailed COVID-19 | COVID-19 berlarutan | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
chronic disease | penyakit kronik | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan yang berlarutan dan sukar sembuh. Penyakit kronik boleh menunjukkan tanda-tanda klinikal atau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal. |
acute loading | pembebanan akut | Sains Sukan | Biomekanik | Aplikasi daya tunggal yang berupaya mengakibatkan kecederaan tisu. Contohnya, set latihan yang terlalu banyak dan berlarutan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kecederaan kepada individu, seterusnya membawa kepada penurunan prestasi. |
flame propagation | perambatan nyala | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pengembangan bahagian hadapan campuran udara-bahan api yang sedang terbakar. Semasa pembakaran, sebatian hidrokarbon dalam bahan api bertindak balas dengan oksigen dari udara pengambilan dan seterusnya membebaskan tenaga. Proses ini berlarutan sehingga pembakaran selesai dan menghasilkan lejang kuasa. Sinonim perambatan depan nyala. |
abdication crisis | krisis turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan sesebuah pemerintahan monarki yang mengalami krisis perebutan takhta antara dua atau lebih putera/puteri raja terhadap jawatan raja atau permaisuri yang dilepaskan. Krisis ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang akan mencetuskan konflik istana yang berlarutan. Contohnya, krisis antara Raja Hussein dengan Putera Abdullah yang merebut takhta kerajaan Jordan peninggalan ayahanda mereka. |
posttraumatic stress disorder (PSTD) | kecelaruan stres postraumatik (PSTD) | Psikologi | Tiada | Reaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun. |