Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
card tablemeja kadKesenianHiasan DalamanMeja kecil yang digunakan untuk bermain kad dan sebagainya.
starting lineupbarisan pemain utamaSukanTiadaSenarai pemain utama yang akan bermain apabila perlawanan bermula.
natururalenaturaleKesenianTiadaArahan kepada pemain untuk berubah kepada daya normal setelah bermain dalam gaya yang lain contohnya falseto dan miut.
coastal tourismpelancongan persisiranPelanconganTiadaPercutian di tepi pantai dengan melakukan aktiviti, seperti bermain bola tampar, memancing dan menunggang kuda.
tree houseranLandskapTiadaRumah kecil yang dibina atas pokok untuk kanak-kanak bermain.
occupationcara kerjaPerubatanTiadaSebarang jenis pekerjaan atau aktiviti dalam kehidupan seharian seperti bekerja, belajar, bermain, rehat, tidur dan lain-lain.
play datetemu mainUmumTiadaSatu pertemuan yang diaturkan oleh ibu bapa bagi membolehkan anak mereka bermain bersama-sama dua orang rakan atau lebih, sama ada di rumah atau di tempat yang bersesuaian.
winter tourismpelancongan musim sejukPelanconganTiadaPelancongan yang melibatkan aktiviti seperti luncur ais, luncur salji dan bermain ski pada musim sejuk.
bouncy castleistana ambulUmumTiadaModel besar boleh kembung, lazimnya berbentuk istana yang membolehkan kanak-kanak melompat-lompat dan bermain.
cyberslackerpenculas siberTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang menggunakan kemudahan Internet dan e-mel majikannya untuk melakukan aktiviti peribadi semasa waktu bekerja seperti bermain permainan dan membeli-belah secara dalam talian serta melayari laman media sosial.
12

Kembali ke atas