Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ma/.sud] | برمقصود

Definisi : 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ma/.sud] | برمقصود

Definisi : 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Peribahasa

Memperlapang kandang musang,
     mempersempitkan kandang ayam.

Bermaksud :

Sengaja memberi kesempatan kepada orang yang bermaksud jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glukoglukoFarmasiTiadaAwalan yang bermaksud glukosa, tetapi kadangkala bermaksud karbohidrat.
tagtagTeknologi MaklumatTiadaSuatu kod dalam bahasa pengaturcaraan web yang memerihalkan dan menterjemah suruhan kepada pelayar web bagi memaparkan kandungan dokumen pada skrin. Contohnya tag bermaksud "bold" dan bermaksud "italic". Selamat Datang akan dipaparkan sebagai Selamat Datang. Selamat Datang akan dipaparkan sebagai Selamat Datang.
etwasetwasMuzikTiada

 Etwas bermaksud seakan-akan atau hampir. Contohnya, etwas langsam bermaksud dalam tempo yang hampir lambat.

latuslatusPerubatanTiada1. Istilah Latin yang bermaksud lebar.,2. Dalam anatomi, istilah yang bermaksud sisi tubuh.
maintenance, care and wage clausefasal selenggara, jagaan dan upahPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam undang-undang pelayaran bagi perlindungan anak kapal yang tercedera. Penyelenggaraan di sini bermaksud menyediakan makanan, tempat tinggal dan pemulihan semasa anak kapal berkenaan dirawat. Penjagaan bermaksud rawatan perubatan yang perlu untuk sembuh. Upah pula bermaksud gaji anak kapal tersebut, yang perlu dibayar walaupun dalam keadaan sakit atau selepas kemalangan.
benbenMuzikTiada

 Kata penguat yang bermaksud sangat. Ben merupakan singkatan daripada perkataan hali, iaitu bene dan digabungkan dengan perkataan lain. Contohnya, ben legato yang bermaksud sangat licin dari segi sambungan not.

psychologypsikologiPsikologiPsikologi UmumKajian saintifik yang mengkaji tingkah laku dan proses mental atau kognitif. Psikologi berasal dari perkataan Greek pysche yang bermaksud minda dan logos yang bermaksud pengetahuan atau kajian. Kajian psikologi biasanya memberi perhatian kepada tingkah laku yang nampak dan nyata, namun ahli psikologi juga memerhati tingkah laku yang terselindung atau tersirat seperti aktiviti-aktiviti pemikiran, emosi dan ingatan. Terdapat banyak cabang disiplin psikologi yang menjelaskan tingkah laku manusia dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
 polkaMuzikTiadaTarian yang berasal dari Bohemia dan telah diperkenalkan di Prague pada tahun 1837. Perkataan polka berasaskan pulka dalam bahasa Czechoslovakia yang bermaksud setengah atau polska yang bermaksud gadis Poland. Polka merupakan salah satu daripada tarian dewan yang popular di Eropah dan di Amerika Syarikat pada abad ke-19.
ununMuzikTiada

Un bermaksud satu. Contohnya, una corda yang bermaksud satu tali dan merupakan arahan kepada pemain piano supaya memijak pedal di sebelah kiri sekali.

chrominancekrominanTeknologi MaklumatTiadaBahagian warna bagi isyarat video iaitu termasuk maklumat rona dan penepuan tetapi tidak termasuk kecerahan. Nilai kroma rendah bermaksud warna gambar seakan pucat. Manakala nilai kroma tinggi bermaksud warna gambar terlalu terang. Nilai krominan bagi warna hitam, kelabu dan putih adalah 0.
12345678910...

Kembali ke atas