effective microorganism | mikroorganisma bermanfaat | Pertanian | Agroteknologi | Campuran mikroorganisma anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian. Contohnya, bakteria asid laktik yang menggalakkan proses fermentasi bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan silaj. Selain itu, mikroorganisma Bokashi yang terhasil daripada pemeraman sisa buah-buahan dan sayur-sayuran pula boleh dijadikan baja cecair. Mikroorganisma ini terdapat secara semula jadi dalam persekitaran. Bahan makanan boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma tersebut untuk dijadikan campuran mikroorganisma bermanfaat. |
beneficial effect | kesan bermanfaat | Pertanian | Tiada | Tiada |
beneficial insect | serangga bermanfaat | Pertanian | Agroteknologi | Serangga yang boleh memberi manfaat dalam aktiviti pertanian seperti serangga yang menjadi agen pendebungaan dan serangga pemusnah musuh tanaman. Contohnya, lebah dan kumbang adalah serangga bermanafaat untuk pendebungaan. Serangga seperti kumbang kekura (Epilachna indica) pula ialah salah satu serangga yang memusnahkan perosak tanaman seperti afid. Selain itu, serangga lain seperti semut hitam (Dolichoderus thoracicus) pula berfungsi untuk mengawal koya-koya, iaitu serangga perosak pada buah koko. |
beneficial use of water | penggunaan air bermanfaat | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
inoculation method | kaedah inokulasi | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah memasukkan mikroorganisma bermanfaat kepada tumbuhan untuk memberikan ciri-ciri yang baik kepada tumbuhan itu. Contohnya, bakteria rizobium dicampurkan dengan biji benih tanaman kekacang supaya bakteria tersebut dapat menjangkiti akar tanaman apabila bercambah. Kehadiran rizobium membolehkan tanaman mendapat bekalan nitrogen pada akarnya. Kaedah inokulasi yang dilakukan adalah dengan menggaul campuran rizobium dengan kompos kepada biji benih kekacang sebelum ditanam. Bagi memastikan rizobium melekat pada benih, bahan pelekat seperti gam arabik boleh dicampurkan sekali. Bagi penghasilan cendawan misalnya, kaedah inokulasi dilakukan dengan memasukkan spora cendawan pada substrat seperti habuk papan. Bagi meningkatkan hasil resin pokok gaharu pula, kaedah inokulasi yang dilakukan adalah dengan menebuk batang dan memasukkan kulat tertentu pada batang pokok tersebut. |
EM | EM | Pertanian | Agroteknologi | Singkatan bagi effective microorganism. Lihat mikroorganisma bermanfaat. |
superfood | makanan unggul | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Makanan yang kaya dengan nutrien dan dianggap sangat bermanfaat untuk penjagaan kesihatan. Selain mengandungi vitamin dan mineral, makanan unggul juga mengandungi antioksidan, serat atau fitokimia yang baik untuk kesihatan. Contoh makanan unggul ialah brokoli, madu kelulut, beri acai, ikan salmon dan buah delima. |
expedient | suai manfaat | Sejarah | Tiada | Sifat sesuatu rencana atau rancangan atau gagasan yang tepat, sesuai dan bermanfaat untuk dilaksanakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. |
ethnobotany | etnobotani | Herba | Fitokimia | Bidang kajian mengenai tumbuhan yang digunakan dalam kehidupan kumpulan etnik tertentu. Maklumat daripada kajian ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menemui bahan atau sebatian yang bermanfaat dan bernilai. Contohnya, pokok mengkudu (Morinda citrifolia) asalnya digunakan oleh masyarakat di kepulauan Jawa untuk menghasilkan pewarna merah bagi mewarnakan kain batik. Pokok ini mengandungi sebatian berwarna merah alizarin yang kini telah pun dihasilkan secara sintetik. |
parasite | parasit | Biologi | Patologi | Organisma yang sebahagian atau seluruh hidupnya memperoleh makanan berupa karbon organik daripada organisma hidup yang lain. Hasil persekutuan ini organisma lain tersebut menderita sedangkan parasit tidak bermanfaat kepada organisma yang diparasitnya. Persekutuan kedua-kedua organisma tersebut lebih merupakan hubungan langsung yang melibatkan pengambilan makanan sahaja. bd. patogen. |