Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menggunakan meter atau telah dipasang dgn meter: Perkhidmatan teksi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermeter


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kereshmahkereshmahMuzikTiada

 Lagu bermeter dalam muzik klasik Iran yang memberi penekanan terhadap mod irama atau corak rentak spesifik. Lagu lain yang bermeter dalam muzik klasik Iran ialah chahar mezrab dan zarhi.

metric geometrygeometri bermeterMatematikTiadaTiada
metered callpanggilan bermeterKejuruteraanTiadaTiada
metered consumptionpenggunaan bermeterKejuruteraanTiadaTiada
metering separatorpemisah bermeterKejuruteraanTiadaPemisah yang sekali gus memisahkan bendalir keluaran dan mengukur isi padunya.
alapalapMuzikTiada

Melodi tidak bermeter yang diimprovisasikan pada permulaan muzik klasik Hindustani di India Utara. Alap menunjukkan struktur dan perasaan raga. Alap dimainkan oleh alat melodi seperti sitar sebelum komposisi lagu bermula dan ti­dak diiringi alat dram. Di India Selatan, alap dikenali juga sebagai alapana. Alap dimainkan dalam alat melodi seperti vina.

rhumbarhumbaMuzikTiada

 Tarian Cuba yang bermeter 8/8 dengan corak rentak 3 + 3 + 2. Tarian ini dijadikan sebagai sejenis tarian sosial yang ditarikan dalam dewan besar di Amerika Syarikat dan di Eropah pada awal abad ke-20. Tarian ini juga popular dalam dewan tarian kabaret, pentas joget dan teater bangsawan pada tahun 1930-an hingga tahun 1950-an di Malaysia dan di Singapura.

khyalkhyalMuzikTiada

 Genre vokal bermeter dalam muzik klasik Hindustani yang terdiri daripada karya yang dicipta, iaitu chiz dan improvisasi yang panjang. Khyal mengandungi raga dan tal.

rigaudonrigaudonMuzikTiada

Tarian rakyat Perancis yang popular pada Zaman Barok. Rigaudon bermeter dupel, berbentuk biner, bertempo rancak dan bersemangat. Rigaudon merupakan salah satu daripada tarian pilihan dalam suite Zaman Barok. Sinonim rigodon.

avazavazMuzikTiada

 Improvisasi vokal bagi mengiringi puisi dalam muzik klasik Iran. Avaz biasanya tidak bermeter dan dinyanyikan mengikut irama puisi dan agak sama dengan gazel di negara Turki dan mawwal di negara Arab.

123456

Kembali ke atas