Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mi.nya/] | برميڽق

Definisi : 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biar­lah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mi.nya/] | برميڽق

Definisi : 1 ada minyak pdnya; mengeluarkan minyak; berlemak: Ikan terubuk yg dipanggang itu ~. 2 memakai minyak: Rambutnya sentiasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berminyak

Peribahasa

Berminyak biar lecah (= licin).

Bermaksud :

Janganlah kepalang tanggung dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
demulcentdemulsenHerbaFitoterapiSejenis bahan yang bermusilaj atau berminyak yang boleh melindungi dan melegakan kerengsaan pada membran mukosa.
anilineanilinaFizikNanoteknologiBahan cecair organik tanpa warna dan berminyak, rumus kimianya, C6H5NH2. Bahan ini merupakan terbitan daripada benzena dan digunakan dalam industri pembuatan getah, resin, drug, dan varnis.
alkaline degreasingnyahgris beralkaliKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyingkiran bahan berminyak yang terdapat pada rangka kereta menggunakan larutan beralkali.
astringentastringenHerbaPemiawaianEkstrak herba yang merangsang permukaan kulit untuk menjadi kurang berminyak, mengurangkan bengkak atau membuat luka berhenti berdarah. Contohnya, minyak pati serai makan (Cymbopogon citratus).
pre-treatmentprarawatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPerawatan awal untuk menyingkirkan bahan kotoran, berminyak, dan berasid daripada rangka kereta.
hydrophobichidrofobikFizikNanoteknologiSifat bahan atau molekul yang menolak kehadiran molekul air. Bahan hidrofobik tidak menyerap dan larut di dalam air dan biasanya tidak bercas dan tidak mempunyai kumpulan berkutub. Contohnya, bahan berminyak, berlemak dan bergris yang digunakan untuk mencuci kotoran minyak dan cucian kering. Banding hidrofilik.
herbal creamkrim herbaHerbaTiadaBahan separa pepejal yang mengandungi campuran air dan lemak atau minyak yang melembutkan kulit dan larut campur dengan bahan rembesan kulit. Krim herba digunakan pada kulit atau membran mukus untuk tujuan perlindungan, terapi atau pencegahan. Krim ini memberikan kesan pendinginan dan kurang berminyak daripada salap. Terdapat dua jenis krim iaitu krim lipofilik dan krim hidrofilik.

Kembali ke atas