carcinoma | karsinoma | Herba | Fitoterapi | Tumor malignan yang bermula dari lapisan sel epitelium. |
foetus | fetus | Kejururawatan | Tiada | Janin pada peringkat pascaembrio bermula dari minggu kesembilan sehingga kelahiran. |
alimentary canal | kanal alimentari | Kejururawatan | Tiada | Trek gastrointestin yang bermula dari mulut ke anus. |
labour | pelahiran | Kejururawatan | Tiada | Proses kelahiran kandungan melalui faraj. Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat yang berlaku secara berterusan. Peringkat pertama bermula dengan pengkontraksian rahim secara tetap sehingga pendilatan serviks sepenuhnya. Peringkat kedua pula bermula dari akhir peringkat pertama sehingga keluarnya bayi. Peringkat ketiga bermula dari keluarnya bayi sehingga keluarnya uri dan membran. |
intraoperative phase | fasa antara pembedahan | Kejururawatan | Tiada | Tempoh pembedahan yang bermula dari pesakit masuk ke dewan bedah sehingga dipindahkan ke bilik pemulihan. |
actual flying time | masa terbang sebenar | Pelancongan | Tiada | Masa yang dikira bermula dari kapal terbang meninggalkan terminal sehingga tiba dan berhenti di terminal destinasi. Masa terbang sebenar tidak termasuk waktu persinggahan. |
benthic zone | zon bentik | Sains Marin | Tiada | Kawasan dasar laut yang bermula dari garis pantai, iaitu di kawasan air pasang surut sehingga kawasan laut dalam. Organisma yang mendiami persekitaran bentik dinamakan bentos. Lihat juga bentos. |
pelagic | pelagik | Sains Marin | Tiada | Berkaitan dengan turus air di lautan yang bermula dari permukaan hingga hampir ke dasar lautan. Kawasan pelagik dapat dibahagikan kepada zon tertentu bergantung pada kedalaman. Contoh kawasan pelagik yang menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon fotik sementara kawasan di bawahnya yang langsung tidak menerima cahaya matahari dikenali sebagai zon afotik. |
primary circuit | litar primer | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Litar dalam sistem pencucuh yang bermula dari bateri, suis, gelung primer, titik sentuh, hingga ke pemuat. |
secondary circuit | litar sekunder | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Litar dalam sistem pencucuh yang bermula dari gelung sekunder, gelung pencucuh, pengagih pencucuh, kabel tekanan tinggi hingga ke palam pencucuh. |